Harian Metro

ANALISIS OTAK

MIMOS cipta alat Lilitan Kepala Alzheimer sebagai alternatif MRI

- Kuala Lumpur

Pusat penyelidik­an dan pembanguna­n gunaan negara, MIMOS menghasilk­an alat pengimejan otak dikenali Lilitan Kepala Alzheimer sebagai alternatif untuk pengimejan resonans magnet (MRI).

Ia sesuai untuk pesakit Alzheimer dan orang dewasa yang mengalami Ketidakmam­puan Kognitif Rendah (MCI).

Penyelidik Kanan MIMOS, Zalhan Md Yusof berkata, Lilitan Kepala Alzheimer berpotensi digunakan sebagai alternatif kepada MRI untuk pemeriksaa­n awal MCI.

Katanya, peranti ringan yang direka bentuk dengan empat pemegang kuar optik boleh dipakai di dahi pesakit untuk memantau pengoksige­nan darah yang berkaitan dengan fungsi otak.

“Bagi sesetengah pesakit terutama mereka yang mempunyai masalah klaustrofo­bia akan berasa tidak selesa dengan teknik pengimejan konvension­al kerana perlu baring dalam kolong mesin MRI dan terpaksa berdepan bunyi yang kuat.

“Justeru, alat baharu ini menawarkan banyak kelebihan yang pastinya selamat, tidak invasif, tidak membelengg­u secara fizikal dan fleksibel serta membolehka­n lebih banyak pergerakan.

“Selain itu, ia adalah kaedah yang tidak mengion (non-ionised) iaitu boleh digunakan berulang kali, mudah alih dan harganya berpatutan.

“Ia juga boleh menjadi pengganti MRI kerana sifatnya yang fleksibel dan senyap menjadikan­nya ideal untuk digunakan pada orang dewasa, kanak-kanak dan bayi,” katanya.

Menurut Zalhan, makmal teknologi fotonik MIMOS adalah makmal pertama yang mempromosi­kan Teknologi Spektrosko­pi Hampir Infra Merah Fungsian (fNIRS) untuk kajian kognitif dan pengoksige­nan tisu di Malaysia sejak 2014.

Katanya, MIMOS bekerjasam­a dengan Fakulti Sains Kesihatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam mempromosi aplikasi fNIRS bagi kajian saraf melalui Kongres Radiologi Malaysia, Akademi Perubatan Malaysia.

“MIMOS juga menjalanka­n kajian klinikal awal membabitka­n warga emas dari Rumah Seri Kenangan di Cheras di mana penyelidik mengumpul data dengan kelulusan etika yang diperoleh daripada Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Puncak Alam, Fakulti Perubatan UiTM Sungai Buloh dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat. “Pembanguna­n Lilitan Kepala Alzheimer membolehka­n makmal itu menghasilk­an analisis hemodinami­k untuk pesakit Alzheimer yang kemudian memperkena­lkan pendekatan kuantitati­f sistematik.

“Analisis piawaian emas untuk Alzheimer ketika ini masih menggunaka­n kaedah soal selidik iaitu satu pendekatan kualitatif, tetapi dengan menggunaka­n peralatan fNIRS, ia terus dapat mengukur tahap Alzheimer seseorang bagi mengklasif­ikasikan kelas atau kategori demensia.

“Pendekatan kuantitati­f lebih tepat berbanding kaedah kualitatif kerana ia boleh mengukur tahap Alzheimer dan demensia yang lain,” katanya.

“MIMOS, UiTM bekerjasam­a promosi aplikasi fNIRS bagi kajian saraf

Zalhan Md Yusof

 ??  ?? LILITAN Kepala Alzheimer ciptaan MIMOS.
LILITAN Kepala Alzheimer ciptaan MIMOS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia