Harian Metro

Suami isteri ditahan simpan dadah RM1.5 juta

-

Kuala Lumpur: Trend membeli dadah di negara jiran termasuk pakej senjata api diberikan kepada sindiket pengedaran dadah di negara ini berada dalam pemantauan pihak berkuasa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN)

Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader berkata, pihaknya tidak menafikan kewujudan pembelian dadah bersama pakej senjata api ini.

Menurutnya, polis memiliki maklumat dan memantau perkara ini (pemilikan senjata api) yang boleh mengancam keselamata­n dan nyawa awam.

“Terbaharu polis menahan suami isteri dan merampas pelbagai jenis dadah berjumlah RM1.5 juta bersama tiga pucuk pistol dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Bukit Dumbar, Georgetown, bulan lalu.

“Melalui siasatan terhadap pasangan suami isteri itu, pistol ini juga antara pakej yang diterima mereka dalam pembelian dadah.

“Sebab itu, kita kini sedang memantau perkara ini dan akan akan menjalanka­n siasatan lanjut berhubung aktiviti sindiket dadah ini,” katanya ketika dihubungi wartawan Harian Metro

Bulan lalu, polis menahan suami isteri dan merampas pelbagai jenis dadah berjumlah RM1.5 juta bersama tiga pucuk pistol dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Bukit Dumbar, Georgetown, Isnin lalu.

Dalam serbuan jam 11.20 pagi berkenaan, polis turut menemui 81 butir peluru pistol hidup dalam rumah didiami suami isteri berusia 52 dan 43 tahun itu.

‘ Polis menahan suami isteri dan merampas pelbagai jenis dadah berjumlah RM1.5 juta bersama tiga pucuk pistol dalam serbuan di Bukit Dumbar, Georgetown, bulan lalu”

Mohd Khalil Kader

 ??  ?? DUA suspek yang ditahan terbabit dengan kes dadah.
DUA suspek yang ditahan terbabit dengan kes dadah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia