Harian Metro : 2019-11-09

Rapxtra : 37 : 37

Rapxtra

RAPXTRA | 37 HARIAN METRO SABTU 9 NOVEMBER 2019 “Walaupun pada awalnya banyak dugaan termasuk dalam mencari keserasian dengan Remy kerana masing-masing mahu memberikan yang terbaik, kami berpuas hati dengan hasilnya. “Apa yang penting pengarah juga dapat apa dia mahu daripada watak kami jayakan,” katanya. Sinonim dengan watak berat, Izara berkata, harapannya drama ini diterima ramai dan mendapat sambutan peminat. Izara juga tidak mahu sama sekali dibandingk­an dengan Maya Karin yang pernah melakonkan watak sama. “Selain terharu saya juga teruja kerana watak ini pernah dijayakan Maya yang juga idola saya. Namun, saya akui gementar dan berharap tidak ada yang akan membanding­kan lakonan saya dengan Maya. Saya akan cuba membawakan watak Izzah dengan cara saya sendiri,” katanya. Ombak Rindu The Series bakal menemui penonton di saluran iFlix bermula 5 Disember ini. Drama empat episod ini diadaptasi daripada novel bahagian kedua dan ketiga Ombak Rindu. Selain Izara dan Remy, drama berkenaan turut menampilka­n antaranya Uqasha Senrose, Diana Danielle, Hana Aqeela dan Fahrin Ahmad. Melihat perjalanan seni Izara, hampir lapan tahun isteri kepada Muhammad Adib Khalid ini membabitka­n diri sebagai pelakon. Minat mendalam terhadap lakonan membuatkan dia tidak pernah terlintas untuk terlalu mengejar populariti walaupun sedar perkara itu juga perlu. “Sejak dulu saya memang suka berlakon. Sebab itulah saya mengambil Diploma Seni Persembaha­n. Apabila sudah berada dalam bidang seni baru saya tahu populariti itu juga perlu. “Namun, sehingga hari ini saya tidak terlalu mengejar populariti. Apa yang penting peminat suka dan menghargai bakat lakonan saya,” katanya yang pernah memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada Anugerah Tribute P Ramlee 2015 dan Pelakon Wanita Filem Terbaik pada Anugerah Telenovela 2018. TRIVIA Izara adalah pemenang tempat kedua Dewi Remaja 2009 / 2010 yang turut disertai Neelofa, Anzalna Nasir, Ramona Zamzam, Syatilla Melvin dan Azar Azmi Nama Izara mula popular selepas membintang­i drama bersiri Vanilla Coklat gandingan bersama Aiman Hakim Ridza Izara anak sulung daripada tiga beradik Berasal dari Kampung Bakar Batu, Johor Bahru, Izara mempunyai darah kacukan Melayu di sebelah bapa dan Pakistan di sebelah ibu Bersahabat baik dengan pelakon, Kilafairy sejak berusia 9 tahun Mahu berehat dan fokus keluarga Hampir dua tahun berlakon tanpa henti dan sibuk di lokasi penggambar­an sejak mendirikan rumah tangga pada November 2017, Izara kini mahu berehat dan fokus membesarka­n keluarga. Izara berkata, jika sebelum ini dia dan suami merancang berikutan kesibukan kerja masing-masing, kini dia sudah bersedia menimang cahaya mata. “Mungkin saya kurang mengejar populariti kerana jiwa terhadap lakonan itu sangat tebal sehingga selepas berkahwin saya terus sibuk di lokasi penggambar­an. “Selesai saja drama Jodoh Jodoh Annisa, saya sibuk pula di lokasi penggambar­an Ombak Rindu The Series. “Memang penat sehinggaka­n ada satu masa saya rasa keghairaha­n untuk berlakon itu hilang sekejap kerana terlampau penat,” katanya. Berikutan itu, Izara berharap selepas ini dia dapat berehat panjang dan memberi fokus kepada keluarga di samping mencari semula ‘mood’ lakonannya yang sudah hilang. “Saya bersyukur suami sangat memahami minat saya dalam lakonan. Dia juga seorang yang kuat bekerja, jadi kami berdua tiada masalah. “Bagaimanap­un, apabila berada di rumah saya cuba melayan suami dengan sebaik-baiknya dan masak apa juga makanan yang dia suka,” katanya. Saya akui gementar dan berharap tidak ada yang akan membanding­kan lakonan saya dengan Maya IZARA

© PressReader. All rights reserved.