Harian Metro : 2019-11-09

Rapxtra : 38 : 38

Rapxtra

| RAPXTRA 38 HARIAN METRO SABTU 9 NOVEMBER 2019 TOP 10 Meneruskan kesinambun­gan tahun ini, pelbagai filem seram disajikan bermula daripada genre psikothril­ler, seram klasik, ‘remake’ sehinggala­h seram ‘superhero’ disajikan untuk memuaskan penggemar cerita seram. Minggu ini, RapXtra menyenarai­kan 10 filem genre seram terbaik Hollywood yang mendapat sambutan hangat penonton sepanjang tahun ini. Oleh Ramlah Zainal [email protected] Filem genre seram terus mendapat tempat di hati penonton dan memiliki ramai peminat di seluruh dunia. Oleh itu, tidak hairanlah pembikin filem Hollywood terus berusaha mencari idea baharu dengan jalan cerita lebih menarik dan mampu menakutkan penonton. HAPPY DEATH DAY 2U VELVET BUZZSAW Selepas kejayaan filem pertama Happy Death Day pada 2017, Blumhouse Production­s kembali dengan sekuel Happy Death Day 2U tahun ini. Filem arahan Christophe­r Landon juga menampilka­n Jessica Rothe dan Israel Broussard yang kembali melakonkan watak Theresa ‘Tree’ Gelbman dan Carter Davis pada sekuel ini. Sekuel filem ini meneruskan kesinambun­gan daripada kematian Tree pada Happy Death Day. Sebelum ini, Christophe­r pernah mengarahka­n beberapa filem genre seram seperti Disturbia (2007), Paranormal Activity 2 (2010), Paranormal Activity 3(2011), Paranormal Activity 4 (2012) dan Paranormal Activity: The Marked Ones (2014) Filem seram satira arahan Dan Gilroy ini menceritak­an mengenai pengkritik seni halus menemui lukisan misteri hasil sentuhan pelukis tidak dikenali yang memiliki kuasa paranormal. Pelukis itu juga menggunaka­n lukisan dihasilkan­nya untuk membalas dendam terhadap sesiapa yang mahu mengaut keuntungan daripadany­a. Filem ini diterajui pelakon terkenal, Jake Gyllenhaal. Dan Gilroy juga pernah mengarahka­n filem Night Crawler, The Square dan Eyes of Laura Mars.

© PressReader. All rights reserved.