Harian Metro : 2019-11-09

Rapxtra : 39 : 39

Rapxtra

RAPXTRA | 39 HARIAN METRO SABTU 9 NOVEMBER 2019 PET SEMATARY US Adaptasi novel terkenal karya Stephen King, Pet Sematary juga diiktiraf filem seram terbaik tahun ini. Plot penceritaa­n filem ini juga sesuatu yang tidak diduga kerana pengakhira­nnya juga berbeza daripada novel diterbitka­n. Berdasarka­n novel, watak anak lelaki Dr Louis Creed dan Rachel, Gage akan mati, tetapi dalam filem arahan Kevin Kolsch dan Dennis Widmyer ini, anak perempuan pasangan ini iaitu Ellie pula mati akibat dilanggar treler ketika asyik melihat jelmaan kucingnya, Church yang berada di atas jalan. Selepas filem seram Get Out pada 2017, pengarah Jordan Peele kembali dengan genre seram psiko-thriller berjudul Us tahun ini. Filem lakonan Winston Duke dan Lupita Nyong’o ini menceritak­an sepasang suami isteri, Adelaide serta Gabe Wilson yang membawa anak mereka ke sebuah rumah di pesisir pantai. Mereka pergi dengan tujuan bercuti bersama temannya, keluarga Tyler. Namun, semuanya berubah pada waktu malam dengan kekacauan dan pembunuhan. Pengunjung tidak dikenali datang tanpa diundang ke kediaman mereka. Anehnya, sekelompok orang ini memiliki wajah yang sama dengan anggota keluarga Wilson. THE CURSE OF LA LHORNA BRIGHTBURN MIDSOMMAR CHILD’S PLAY Filem seram terbitan James Wan ini diarahkan Michael Chaves dan ditulis Chaves serta Tobias Iaconis. Filem ini diangkat daripada cerita legenda rakyat Mexico mengenai La Llorona (The Weeping Woman). La Llorona adalah hantu wanita menangisi anaknya yang sudah mati. Tangisan itu akan mengakibat­kan derita atau kemalangan bagi sesiapa pun yang mendengarn­ya. La Llorona dilakonkan Marisol Ramirez adalah iblis yang jahat dan akan membunuh keluarga mempunyai dua anak. Filem ini pernah dihasilkan di Mexico pada 1933 dengan Judul La Llorona. Filem genre seram superhero Brightburn arahan David Yarovesky ini menceritak­an sepasang suami isteri terjumpa bayi dengan kuasa misteri yang datang dari angkasa lepas dan mengambiln­ya sebagai anak angkat. Mereka cuba membesarka­nnya dengan tujuan dia akan menggunaka­n kuasanya itu untuk kebaikan, tetapi sebaliknya pula berlaku. Filem ini menampilka­n barisan pelakon seperti Elizabeth Banks, David Denman, Jackson A Dunn dan Matt Jones. Filem Midsommar menceritak­an mengenai festival musim panas yang aneh dan berakhir dengan ketegangan. Filem arahan Ari Aster ini adalah cerita pada musim panas yang ditunggu-tunggu peminat. Sebelum ini, Ari Aster pernah berjaya menerusi filem seramnya berjudul Hereditary. Barisan pelakon filem ini ialah Florence Pugh, Will Poulter dan William Jackson Harper. Bagi mereka yang lahir pada era 1980-an dan 90-an pasti mengenali patung mainan menyeramka­n bernama Chucky dirasuk roh pembunuh yang kemudian melakukan pelbagai pembunuhan. Kejayaan Chucky dalam Child’s Play (1988) membuatkan watak ciptaan Don Mancini ini diteruskan dalam trilogi dan empat kisah lain yang masih menggunaka­n karakter Chucky seperti Bride of Chucky, Seed of Chucky, Curse of Chucky serta Cult of Chucky. Filem Child’s Play arahan Lars Klevberg ini masih memaparkan watak Chucky, tetapi dengan versi baharu yang lebih menyeramka­n.

© PressReader. All rights reserved.