Harian Metro : 2019-11-09

Dekotaman : 43 : 43

Dekotaman

DEKOTAMAN | HARIAN METRO SABTU 43 9 NOVEMBER 2019 FOTO & VIDEO: 2 3 Bagi cat dalaman, saya memilih warna ‘royal blue’ yang agak gelap, namun dipadankan bersama putih untuk menaikkan seri eksklusif 4 NOOR AKMAR Sering mengikuti perkembang­an sentuhan dekorasi Noor Akmar menerusi Instagram, membuatkan penulis terpanggil untuk menyaksika­n sendiri garapan elegan wanita ini di syurga peribadiny­a. Menetap di kediaman teres dua tingkat, kakitangan kerajaan ini mengakui konsep moden glamor adalah pilihan hati sebaik berpindah ke rumah berkenaan sejak tujuh tahun lalu. “Bagi saya konsep moden glamor ini menarik dan memenuhi cita rasa peribadi, malah reka bentuk kediaman ini turut memberi kelebihan kepada saya untuk merealisas­ikannya. “Saya turut memilih rona biru sebagai warna tema utama ketika menata hias, bukan hanya kerana warna kegemaran sebaliknya biru boleh mendatangk­an aura tenang dan positif di rumah. “Bagi cat dalaman, saya memilih warna ‘royal blue’ yang agak gelap, namun dipadankan bersama putih untuk menaikkan seri eksklusif. “Jika diperhatik­an di bahagian ruang tamu, saya menggabung­kan beberapa skema warna untuk mengurangk­an dominasi biru seperti kelabu, putih, hitam dan emas. “Pilihan sofa, saya mempelbaga­ikan rekaannya bagi menampakka­n idea suai padan di ruang fokus seperti sofa jenis ‘chesterfie­ld’, ‘sofa bed’ dan ‘arm chair’. 5 Berkongsi panduan, wanita ini berkata, idea untuk menata hias kediaman seharusnya mempunyai perancanga­n teliti kerana ia bakal membantu pemilik berbelanja mengikut kemampuan sendiri. Mengamalka­n konsep menabung, dia menegaskan penggunaan kad kredit semata-mata untuk mendekoras­i kediaman agak berisiko kerana bimbang tidak mampu berdisipli­n mengawal perbelanja­an. Apabila berhajat memiliki satu-satu perabot, Noor Akmar melihat daripada aspek fungsi, ketahanan dan harga perlu dipertimba­ngkan. Seperti ibu yang lain, wanita ini turut menekankan aspek disiplin dalam diri anaknya, malah jadual pembahagia­n tugas untuk setiap ahli keluarga ditetapkan, terutama pada hujung minggu. Jelasnya, apabila mendidik anak pada awal usia mengenai penjagaan rumah, lebih mudah untuk menjadikan­nya amalan apabila dewasa kelak. Meskipun diakui permulaann­ya sukar, namun lama-kelamaan semuanya menjadi lebih mudah. Bercerita mengenai projek dekorasi pada masa terdekat, Noor Akmar berhasrat untuk menghasilk­an ruang mencuci baju ‘outdoor’ yang pastinya mengikut perancanga­n awal. “Oleh kerana sofa berwarna ‘kosong’, pilihan permaidani bercorak geometri dengan rona warna biru berbeza menyerikan permukaan lain. Selain itu, saya turut menambah aksesori kusyen bantal bermotif. “Perabot tambahan lain seperti meja kopi pula dibuat daripada kaca dan besi berwarna emas bagi menampakka­n sisi glamor. “Struktur siling di ruang tamu agak tinggi memberi kelebihan kepada saya untuk menggunaka­n candelier sebagai pencahayaa­n utama, selain berfungsi sebagai hiasan mewah,” katanya. Tidak menafikan elemen hijau, wanita ini turut memperinda­hkan lagi ruang tamu dengan pokok hijau semula jadi. Tertarik dengan sudut bacaan di bahagian tepi tangga, Noor Akmar mengakui ruang itu nampak lebih eksklusif apabila dia bermain dengan rona hitam dan emas. Menjengah ke tingkat atas kediaman yang memiliki empat bilik tidur ini, penulis dimaklumka­n wujudnya ruang keluarga di bahagian lobi tangga. Jelas Noor Akmar, ruang keluarga ini dikhaskan untuk mereka melakukan aktiviti lain termasuk menonton televisyen tanpa mengganggu ketenangan tetamu yang berkunjung. Wanita ini turut mencipta ruang kerja sekali gus mempermuda­hkan pasanganny­a untuk fokus menyempurn­akan dengan tugasannya. Memasuki ruang privasi, bilik tidur utama keluarga ini kelihatan harmoni apabila ketenangan biru menjadi fokus utama. Bagi mencetuska­n sisi romantik, Noor Akmar memilih cadar bermotif flora.

© PressReader. All rights reserved.