Harian Metro : 2019-11-09

Arena : 59 : 59

Arena

59 Sabtu 09.11.2019 Harian Metro www.hmetro.com.my @hmetromy @hmetromy HarianMetr­o Jimenez nyala hasrat Wolves London: Raul Jimenez membantu Wolves semakin hampir ke pusingan kalah mati Liga Europa apabila jaringanny­a pada masa kecederaan mengesahka­n kemenangan 1-0 ke atas Slovan Bratislava di MoMexico, lineux, England, semalam. Perlawanan itu kelihatan berakhir tanpa jaringan selepas penjaga gol Bratislava, Dominik Greif menyelamat­kan sepakan penalti Ruben Neves pada awal separuh masa kedua. Bagaimanap­un, penyerang Jimenez menanduk masuk hantaran silang Adama Traore untuk memastikan tiga mata. Wolves menghuni tangga kedua Kumpulan K dengan sembilan mata, lima di depan pasukan tangga ketiga Bratislava dengan berbaki dua perlawanan. Pasukan kendalian Nuno Espirito Santo itu hanya memerlukan satu mata untuk layak ke pusingan berikutnya. Gol kemenangan hadir pada minit kedua daripada 12 minit masa ke- cederaan, susulan perlawanan tertangguh lama kerana rawatan terhadap pemain Bratislava, Kenan Bajric, yang cedera mukanya apabila terkena but Jimenez ketika dia cuba melakukan sepakan gunting. Jimenez memberitah­u BT Sport: “Ia sukar buat kami. Saya tak tahu apa nak kata. Saya harap dia pulih dengan segera.”

© PressReader. All rights reserved.