Harian Metro : 2019-11-09

Arena : 61 : 61

Arena

61 Sabtu 09.11.2019 Harian Metro www.hmetro.com.my @hmetromy @hmetromy HarianMetr­o arena ‘ADA UNSUR PENIPUAN’ KHA kemuka aduan rasmi berhubung isu penukaran nama calon presiden MHC di saat akhir Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad kesalahan ejaan pada pencalonan presiden,” katanya. Bagaimanap­un, KHA difahamkan, sewaktu MHC mengumumka­n senarai calon pada 6 November lalu, ia sudah diubah pihak tertentu. “Kami yakin ada unsur penipuan dan berharap MHC membatalka­n keseluruha­n proses pemilihan ini dan melaksanak­an pencalonan baharu. Dalam masa sama, kami mahu panel pemilihan bebas ditubuhkan bagi memastikan keseluruha­n proses pemilihan yang telus dan adil kepada semua pihak. “Kami juga mahukan campur tangan segera pihak berkuasa bagi menghentik­an proses yang tidak betul ini dan tindakan diambil bagi melindungi imej sukan di negara ini,” katanya. [email protected] Kuala Lumpur P ersatuan Hoki Kedah (KHA) mengemukak­an aduan rasmi berhubung isu penukaran nama calon presiden di saat akhir yang menafikan peluang Pengerusi Eksekutif Air Asia Group Bhd, Datuk Kamarudin Meranun untuk bertanding jawatan tertinggi Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC). Menerusi surat bertarikh 7 November, KHA mendesak siasatan dan tindakan sewajarnya diambil atas salah laku yang melanggar peraturan dan protokol membabitka­n proses pencalonan menjelang Mesyuarat Agung MHC ke-66, 16 November ini. Surat itu diserahkan kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Majlis Olimpik Malaysia dan Pesuruhjay­a Sukan. Naib presiden KHA, Dr S Thaitchana Muruthi berkata, pihaknya yakin berlaku penipuan dalam senarai calon dihantar kepada Sekretaria­t MHC dan turut memberi kronologi penyerahan borang untuk pemahaman pihak berkuasa terbabit. “Sebaik menerima notis AGM daripada MHC, satu mesyuarat majlis tertinggi KHA diadakan pada 30 Oktober lalu. Majlis tertinggi kemudian memutuskan pencalonan bagi jawatan Lembaga Eksekutif MHC dan menghantar borang pencalonan kepada sekretaria­t MHC pada 1 November sebelum emel kedua keesokan harinya kerana berlaku “ MIKE Kami yakin ada unsur penipuan dan berharap MHC membatalka­n keseluruha­n proses pemilihan ini Dr S Thaitchana Muruthi

© PressReader. All rights reserved.