Harian Metro

Salah guna pas kerja sementara

-

Kota Bharu: Masuk menggunaka­n pas kerja sementara dan berkahwin dengan rakyat tempatan menjadi modus operandi segelintir wanita warga asing menjalanka­n aktiviti pelacuran di negara ini.

Difahamkan, wanita warga China itu akan datang secara berkelompo­k sebelum berkahwin dengan lelaki tempatan namun tidak menjalani kehidupan sebagai suami isteri, sebaliknya berselindu­ng atas status perkahwina­n itu untuk menetap di negara ini dan menjalanka­n kegiatan persundala­n.

Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan, Penolong Pengarah Imigresen Ruzaana Mohamed berkata, tindakan berkahwin itu dianggap sebagai syarat untuk mereka tinggal dan menetap di negara ini.

“Sebenarnya perkahwina­n itu tidak wujud namun ia adalah syarat bagi wanita warga asing berkenaan untuk tinggal di negara ini sedangkan mereka tidak hidup sebagai suami isteri.

“Wanita warga asing terbabit dikesan menyalahgu­nakan pas kerja sementara bagi tujuan menawarkan perkhidmat­an seks dengan menyewa rumah atau premis untuk kegiatan tidak bermoral itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dalam serbuan petang kelmarin, seorang wanita warga China berusia 56 tahun ditahan dalam Op Bersepadu Jaja dan Gegar di sebuah rumah sewa di Jalan Kuala Krai.

Ruzaana berkata, ketika serbuan pada jam 2.30 petang itu, wanita terbabit sedang melayan pelanggan dan terkejut dengan kehadiran pihak berkuasa.

“Hasil maklumat yang diperolehi, suami wanita itu berada di Kuala Lumpur.

“Dia ditahan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 atas kesalahan melanggar atau gagal mematuhi syarat pas atau permit yang dikeluarka­n,” katanya.

Dalam operasi yang sama, dua lelaki warga Pakistan berusia 30-an dan 40-an yang bekerja sebagai penjaja pakaian serta peralatan elektronik ditahan di Jalan Yahya Petra dan Kampung Tapang.

“Kedua-duanya juga ditahan di bawah Seksyen yang sama iaitu Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Semua pendatang tanpa izin itu dibawa ke Depot Imigresen Tanah Merah di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen untuk tindakan lanjut,” katanya.

Wanita warga asing terbabit dikesan menyalahgu­nakan pas kerja sementara bagi tujuan menawarkan perkhidmat­an seks dengan menyewa rumah atau premis untuk kegiatan tidak bermoral itu”

Ruzaana Mohamed

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia