Harian Metro

DUA PEKERJA DIJEL 12 BULAN

- Oleh Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz rnorain@hmetro.com.my

Dua pekerja syarikat kawalan keselamata­n masing-masing dijatuhi hukuman penjara 12 bulan dan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku bersalah melakukan pecah amanah RM600,000, minggu lalu.

Tertuduh, Mohd Razali Kamarulzam­an, 29, dan Mohamad Asmil Kadni, 26, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Shahrul Ekhsan Hasim.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh secara bersama-sama melakukan pecah amanah dengan secara tidak jujur menyalahgu­nakan tee bag yang mengandung­i wang tunai berjumlah RM600,000 diambil dari Bank Hong Leong cawangan Raub yang dipertangg­ungjawabka­n kepada mereka sebagai pembawa yang dilantik syarikat.

Mereka melakukan kesalahan itu di syarikat Securiforc­e cawangan Raub pada 14 November lalu antara jam 7.30 hingga 10.30 malam.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 407 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi 10 tahun dan dengan sebatan dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Samirah Khalili, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu dalam rayuannya, Mohd Razali memohon mahkamah meringanka­n hukuman atas alasan perlu menanggung isteri dan seorang anak yang masih kecil dengan gaji sekitar RM1,500 sebulan.

Mohamad Asmil pula yang masih bujang memaklumka­n dia perlu menjaga ibunya yang sudah tua dengan gajinya yang kecil.

Media melaporkan tindakan licik sekumpulan pekerja syarikat kawalan keselamata­n yang melarikan wang tunai RM600,000 dan menyimpann­ya di dalam bilik sebuah hotel di Raub pada 14 November lalu.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia