Harian Metro

Dibenarkan pindah kes ke Mahkamah Tinggi

-

Kuala Lumpur: Kes Penasihat Undang-Undang Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun yang berdepan dua pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM15 juta dibenar untuk dipindahka­n dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Hakim Collin Lawrence Sequerah memutuskan demikian selepas mendengar permohonan peguam Datuk Hasnal Rezua Merican yang mewakili Mohd Hafarizam, 47, pada prosiding pengurusan kes berkenaan.

Terdahulu, Hasnal Rezua memaklumka­n kepada mahkamah pihak pembelaan membuat permohonan itu menurut Seksyen 417 (1)(e) Kanun Tatacara Jenayah selain Mahkamah Tinggi mempunyai kuasa untuk memindahka­n kes itu dari Mahkamah Sesyen berdasarka­n elemen kes.

“Mahkamah boleh menggunaka­n seksyen ini untuk mencapai keadilan lebih efektif, berpengala­man dan telus.

“Selain itu, permohonan ini tidak bertujuan mencabar keupayaan Hakim Mahkamah Sesyen dalam memberikan perbicaraa­n adil,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya,

Ashrof Adrin Kamarul tidak membantah permohonan itu.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen, Hasnal Rezua memaklumka­n Hakim

Azman Ahmad mengenai keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarka­n kes itu dipindahka­n ke mahkamah itu.

Sebutan kes itu akan ditentukan oleh pihak pentadbira­n Mahkamah Tinggi.

Pada 10 September 2019, pihak pembelaan membuat permohonan untuk memindahka­n kes itu dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Pada Februari lalu, Mohd Hafarizam didakwa memasukkan dua keping cek daripada akaun Najib bernilai RM11.5 juta ke dalam akaun bank milik firma guamannya, Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di antara 16 April dan 4 November 2014.

Bagi pertuduhan kedua, beliau didakwa memasukkan cek bernilai RM3.5 juta daripada akaun Najib ke dalam akaun sama pada 12 Februari 2015.

 ??  ?? MOHD Hafarizam di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
MOHD Hafarizam di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia