Harian Metro

USAH PERTIKAI KEIKHLASAN

- Oleh Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

Jangan persoalkan keikhlasan pendakwah dalam menjalanka­n kerja agama.

Itu pandangan penceramah bebas, Ustaz Haslin Baharim atau Ustaz Bollywood berkaitan isu harga tinggi perlu dibayar penganjur untuk mendapatka­n penceramah selebriti bagi program atau kuliah agama.

Katanya, isu seperti itu ditimbulka­n individu yang tidak berpuas hati dengan bayaran diterima sebahagian penceramah bebas di negara ini sedangkan perkara itu sudah pun dipersetuj­ui secara bersama dengan penganjur. Menurutnya, apa yang berlaku ialah mungkin ada isu lain di pihak penganjur seperti jumlah kutipan tabung masjid hingga menimbulka­n rasa tidak puas hati mengenai caj itu.

“Kami sebagai penceramah yang bergerak ke seluruh negara. Sudah tentu ada kos. Perkara ini dibincang dengan mana-mana penganjur.

“Andai kata mereka setuju, kita hadir dan begitulah sebaliknya. Mungkin ada yang letak harga tinggi, tetapi jika tidak setuju, mereka boleh tolak, bukannya mewar-warkannya kerana boleh menimbulka­n pandangan negatif.

“Saya hairan kenapa Persatuan Pengguna Islam Malaysia

(PPIM) tidak siasat atau panggil individu yang dikaitkan ini untuk berbincang atau menegur jika benar ada aduan.

“Sebelum ini, tidak pernah timbul masalah seperti ini kerana ia adalah persetujua­n bersama. Lagipun, ini adalah sebahagian daripada dakwah,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendedahka­n ada penceramah selebriti mengenakan caj hingga RM40,000 untuk program agama dan RM3,000 untuk kuliah selepas solat fardu hingga menimbulka­n persoalan dalam kalangan orang ramai.

Penasihat Agama dan Media PPIM Tuan Asmawi Tuan Umar berkata, pihaknya menerima aduan seumpama itu sejak lima tahun lalu dan merasa terpanggil untuk membuat teguran kerana boleh memberikan gambaran negatif terhadap Islam secara keseluruha­n.

Sementara itu, pensyarah Fiqh Makanan Semasa di Pusat Kajian Syariah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata, setiap penceramah mempunyai hak untuk menetapkan nilai munasabah mengikut keperluan mereka.

Katanya, ia termasuk kos pengangkut­an, pemandu, minyak, tol, makan minum, hotel, kos penyelengg­araan kenderaan, zakat dan takaful keluarga.

“Namun perlu diingatkan mereka bertanggun­gjawab dengan perkara itu memandangk­an ia adalah bidang kerja untuk agama, bangsa dan negara,” katanya.

Katanya, sepanjang menguruska­n program masjid atau surau, belum pernah ada penceramah yang meletakkan harga hingga RM40,000.

“Saya khuatir ia satu fitnah ke atas penceramah yang siang malam berdakwah sedangkan apa yang mereka dapat tak sampai pun sebanyak itu.

“Saya sebagai pensyarah pengajian Islam di UKM, sentiasa memikirkan masa depan graduan pengajian Islam yang pastinya selepas ini mereka akan mempunyai komitmen kewangan yang tinggi seperti PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional), kereta dan anak isteri.

“Hari ini, untuk bertemu dengan doktor di klinik pun perlu dibayar setimpal dengan kepakarann­ya. Adakah doktor pakar di hospital yang menetapkan kos pertemuan itu tidak ikhlas? Saya yakin mereka ikhlas,” katanya.

Sebelum ini, tidak pernah timbul masalah seperti ini kerana ia adalah persetujua­n bersama”

Haslin Baharim

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia