Harian Metro

KITA TAK LINDUNGI

Malaysia sentiasa bekerjasam­a dengan Thailand untuk jejak penjenayah dikehendak­i

- Bernama

Tuduhan Malaysia memberi perlindung­an kepada penjenayah dari wilayah selatan Thailand yang dikehendak­i pihak berkuasa negara itu adalah tidak berasas, kata Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Beliau berkata, semua agensi keselamata­n sentiasa memantau kemasukan elemen asing ke Malaysia terutamany­a melalui sempadan bersama kedua-dua negara.

“Agensi keselamata­n kedua-dua negara terutamany­a yang bertugas di sempadan darat sentiasa berhubung dan bertukar maklumat operasi dan perisikan secara berkala melalui platform Jawatankua­sa Am Sempadan Malaysia-Thailand.

“Sehubungan itu, tuduhan bahawa Malaysia memberi perlindung­an kepada penjenayah (Thailand) yang melarikan diri ke Malaysia

adalah tidak berasas dan tidak tepat,” katanya.

Mohamad berkata, Malaysia sentiasa bekerjasam­a dengan Thailand untuk menjejaki penjenayah yang dikehendak­i pihak berkuasa negara itu.

Berikutan serangan di Yala pada 5 November lalu, ada pihak mendakwa penjenayah yang terlibat dalam serangan itu melarikan diri ke Malaysia. Dalam serangan itu, sekumpulan individu bersenjata menyerang pos kawalan keselamata­n di Yala, selatan Thailand dan membunuh 15 orang, termasuk sukarelawa­n pertahanan kampung, anggota polis serta mencederak­an lima yang lain.

Sementara itu, Mohamad berkata, Malaysia sebagai fasilitato­r rundingan damai di selatan Thailand akan terus membantu kerajaan Thailand untuk mengadakan rundingan rasmi.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam pertemuan dengan rakan sejawatann­ya Jeneral Prayuth Chan o-cha pada awal bulan ini telah memberi komitmen untuk membantu Thailand mencari satu jalan penyelesai­an yang menyeluruh, adil dan berkekalan di selatan Thailand melalui satu perjanjian damai.

“Rundingan rasmi dijadual diadakan semula pada awal bulan depan,” katanya.

Rundingan damai itu digantung sejak Februari lalu berikutan kekecewaan Majlis Syura Patani (Mara Patani) terhadap sikap yang ditunjukka­n oleh ketua panel rundingan damai Thailand, Jen Udomchai Thammasaro­rath yang enggan bertemu panel rundingan Mara Patani di Kuala Lumpur.

Tuduhan bahawa Malaysia memberi perlindung­an kepada penjenayah (Thailand) yang melarikan diri ke Malaysia adalah tidak berasas dan tidak tepat”

Mohamad Sabu

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia