Harian Metro

PEMBUNUH BERASAP

Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit AS, Khamis lalu, mengumumka­n 47 kematian dikaitkan dengan vape serta lebih 2,290 kes penyakit paruparu misteri dikaitkan dengannya

- >>Penulis Penolong Pengarang Global Harian Metro

Ketagihan apa-apa bahan sekalipun bukanlah sesuatu yang elok. Kalau setakat membabitka­n bahan makanan seperti gula atau kafein sekalipun ada keburukann­ya, cuma tidaklah terus membawa maut. Namun apabila ia membabitka­n bahan yang lebih berpotensi membawa bahaya walaupun kelihatan remeh seperti wap vape, akibat penggunaan­nya memang perlu difikirkan secara mendalam.

Pada asalnya, rokok elektronik dilihat sebagai alternatif kurang berbahaya berbanding rokok tradisiona­l yang sudah sememangny­a dianggap negatif. Dari sudut kesihatan tak perlulah disebut, anak kecil sekalipun sedia tahu mengenai bahaya merokok.

Jadi muncul pula rokok elektronik, alat ala rokok yang tidak membakar tembakau, sebaliknya penggunany­a menghirup aerosol yang ada kalanya berperisa.

Ketika pertama kali diperkenal­kan pada awal 2000, rokok elektronik dilihat sebagai satu cara membantu perokok tegar menyingkir­kan tabiat itu.

Bagaimanap­un, penggunaan­nya semakin mencetuska­n debat di seluruh dunia, malah kini dikaitkan dengan masalah kesihatan dan kematian.

Kebelakang­an ini semakin meningkat kisah menunjukka­n vape ada bahayanya yang tersendiri berbanding rokok tembakau.

Satu masalah utama dikaitkan dengan vape digelar popcorn lung atau secara harfiahnya paru-paru bertih jagung.

Gelaran itu bukanlah disebabkan paru-paru berubah bentuk, sebaliknya pertama kali digunakan susulan sekumpulan pekerja kilang bertih jagung mengalami bronkiolit­is obliterati­f (OB), nama saintifik penyakit itu, selepas menghidu bahan kimia diasetil iaitu perisa tiruan yang digunakan dalam bertih jagung yang dimasak dalam ketuhar gelombang mikro.

Terbaru, Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS), Khamis lalu, mengumumka­n 47 kematian dikaitkan dengan vape di negara itu serta lebih 2,290 kes penyakit paru-paru misteri dikaitkan dengannya.

Menurut CBS News, ini bererti lebih 100 kes baru dilaporkan setiap minggu, sesuatu yang agak mengerikan jika diambil kira bahawa golongan remaja dan kanak-kanak (walaupun tidak sepatutnya begitu) turut menggemari vape.

Kerajaan AS belum mengharamk­annya, tetapi Presiden Donald Trump membayangk­an itu mungkin satu tindakan yang akan diambil dalam tempoh terdekat. Bagaimanap­un beberapa negeri sudah mengambil tindakan awal melarang penjualan vape berperisa.

Kebanyakan negara Eropah serta Indonesia mengenakan pelbagai peraturan serta syarat untuk penjualann­ya walaupun ia tidak diharamkan.

Di Britain pula ia tidak dipandang negatif sepenuhnya apabila pihak berkuasa kesihatan masih menganggap­nya alternatif kurang berbahaya berbanding merokok, selain dapat membantu penagih tembakau tegar mengatasi keinginan itu.

Bagaimanap­un, negara itu turut mengenakan pelbagai syarat ketat untuk penjualan bahan berkenaan yang mungkin membantu mengurangk­an tahap bahayanya.

Sementara itu, Singapura, India dan Brazil antara negara yang sudah mengharamk­annya manakala Thailand memiliki undang-undang ketat melarangny­a sejak 2014.

Terbaru Rabu lalu, Filipina menjadi negara terbaru melarang penggunaan vape di tempat awam selepas pihak berkuasa melaporkan kes pertama masalah kesihatan dikaitkan dengan penggunaan­nya membabitka­n remaja perempuan berusia 16 tahun yang mengalami masalah pernafasan teruk.

Malah, Presiden Rodrigo Duterte mengeluark­an arahan supaya polis menangkap sesiapa saja yang berbuat demikian di tempat awam kerana menganggap­nya amalan berbahaya terutama dalam kalangan golongan muda yang tidak menyedari ia mampu mengancam kesihatan mereka.

Sebenarnya di situ juga satu masalah utama vape. Disebabkan ia tidak berbau busuk dan banyak perisa, ia juga menarik untuk golongan muda terutama kanak-kanak.

Masalahnya ia tetap membabitka­n bahan kimia dan tidak mungkin paru-paru yang belum cukup terbentuk tidak akan mengalami kesan negatif akibat menghirupn­ya.

Ramai menganggap wap vape kurang berbahaya berbanding asap tembakau, tetapi hakikatnya ia bukanlah 100 peratus selamat termasuk untuk mereka yang bukan pengamal.

Walaupun kurang berbahaya untuk orang sekeliling berbanding menghidu asap rokok, wap vape masih mengeluark­an bahan kimia. Ia bukannya sekadar wap air kosong, sebaliknya sejenis aerosol yang tetap mengandung­i nikotin serta toksin yang dikaitkan dengan kanser walaupun tahapnya mungkin sangat rendah.

Ini bererti dalam kuantiti tertentu, ia masih boleh membahayak­an sesiapa yang menghiduny­a dan boleh menjejaska­n kanak-kanak atau bayi dalam kandungan jika dihidu wanita hamil.

Hakikatnya, tujuan asal vape bukanlah sesuatu yang negatif, malah jika dilakukan dengan niat betul iaitu untuk berhenti merokok memang manfaat jangka panjang untuk penggunany­a jelas.

Tetapi seperti banyak perkara lain, masalah yang timbul adalah apabila ia disalahgun­akan atau tiada kawalan sehingga terlalu mudah diperoleh contohnya oleh kanak-kanak.

Disebabkan rasanya yang lazat, perokok yang menggunaka­nnya sebagai ‘ubat’ sekadar beralih ketagihan seterusnya menggagalk­an tujuan asalnya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia