Harian Metro

RAHMAT TUJUH HARI

Banduan bebas sementara mahu nikmati sepenuh masa bersama keluarga

- Norizuan@hmetro.com.my

“Walaupun hanya tujuh hari, ia sangat besar ertinya bagi saya yang sekian lama berada di sebalik tirai besi apabila dapat mengubati kerinduan kepada anak isteri,” kata banduan yang hanya mahu dikenali sebagai Amir, 50.

Bapa lima anak itu antara enam banduan Penjara Marang di sini, yang diberikan pelepasan tujuh hari melalui program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL), semalam.

Amir yang dijatuhi hukuman penjara 10 tahun kerana mencederak­an individu dengan menggunaka­n senjata berkata, dia bersyukur kerana isteri dan anak masih menerima kepulangan­nya.

“Dalam tempoh tujuh hari ini saya hanya mahu duduk di rumah bagi meluangkan masa bersama keluarga dengan

sebaik mungkin.

“Tidak sabar mahu menikmati masakan isteri bersama anak,” katanya yang akan dibebaskan pada 9 September

tahun depan.

Isteri Amir yang mahu dikenali Normah, 49, berkata, pembebasan sementara suaminya rahmat tidak ternilai dan saat paling ditunggu.

“Kami merinduiny­a terutama anak yang kerap bertanya mengenai ayah.

“Kami harap hukuman itu memberi keinsafan kepadanya dan berubah ke arah kebaikan. Kami sentiasa

Tidak sabar mahu menikmati masakan isteri bersama anak

Amir

menyayangi serta menerimany­a dengan tangan terbuka.

“Diharap pelepasan sementara ini menjadi titik permulaan dia kembali kepada masyarakat dan mendapat peluang kedua untuk membaiki diri selepas menerima hukuman terhadap kesalahann­ya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Penjara Terengganu, Timbalan Komisioner Penjara Ahmad Saidi Hamzah berkata, menerusi PBSL, enam penghuni penjara diberikan kebebasan sementara selama tujuh hari sehingga 28 November ini.

Katanya, pelepasan itu selaras dengan Seksyen 43 Akta Penjara 1995 dan hanya diberikan kepada banduan layak dan memenuhi syarat.

“Antara syaratnya termasuk berkelakua­n baik, menjalani hukuman tidak kurang empat tahun dan baki hukuman tidak lebih setahun.

“PBSL menjadi peluang bagi penghuni penjara menjalani proses pemulihan untuk kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat bagi memperbaik­i serta merapatkan hubungan selepas sekian lama berada di sebalik tirai besi.

“Kami harap ahli keluarga dan masyarakat memberikan sokongan kepada mereka untuk berubah,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia