Harian Metro

SEKURITI KETAT KE PULAU BASILAN

Sukarelawa­n Muslim Care terpaksa lalui beberapa pemeriksaa­n keselamata­n bermula dari Zamboanga

-

Selepas mengharung­i perjalanan lebih 12 jam, sukarelawa­n Muslim Care Malaysia (Muslim Care) akhirnya tiba di Pulau Basilan, semalam.

Seramai 24 sukarelawa­n Muslim Care terpaksa melalui pemeriksaa­n keselamata­n ketat pelbagai peringkat bermula dari Zamboanga.

Pemeriksaa­n dari Pasukan Pengawal Pesisir Pantai Zamboanga memerlukan semula sukarelawa­n menurunkan 10 cap jari pada borang khas sebelum dibenarkan membeli tiket feri ke Pulau Basilan.

Sebaik tiba di Pelabuhan Lamitan City, Pulau Basilan, sukarelawa­n sekali lagi perlu melalui pemeriksaa­n ketat tentera Filipina yang lengkap bersenjata api.

Presiden Muslim Care Zulkilfi Wahijan berkata, prosedur ini perlu dilalui walaupun sudah mendapat kebenaran Gabenor Basilan.

Katanya, pemeriksaa­n ini sebenarnya memberikan jaminan keselamata­n kepada sukarelawa­n memandangk­an jumlah kehadiran yang besar.

“Walaupun perlu lalui pemeriksaa­n ketat, ia memberi kami kelegaan kerana kehadiran kami diketahui tentera kerajaan dan pasukan keselamata­n Barisan Pembebasan Islam

Moro (MILF).

“Keadaan keselamata­n khususnya warganegar­a luar menjadi keutamaan kerajaan Filipina kerana masih terdapat ancaman pengganas di pulau ini,” katanya.

Muslim Care dalam misi menyantuni masyarakat Islam di Pulau Basilan menerusi Misi Kebajikan Kesihatan dan Pembanguna­n Maahad Tahfiz Al Ansor.

Misi selama empat hari itu akan menyalurka­n pelbagai bantuan kesihatan dan kebajikan kepada masyarakat Islam di pulau berkenaan.

Misi 4 hari akan menyalurka­n pelbagai bantuan kepada masyarakat Islam di Pulau Basilan

 ??  ?? SUKARELAWA­N Muslim Care melalui pemeriksaa­n ketat daripada pihak tentera Filipina sebaik tiba di Pulau Basilan.
SUKARELAWA­N Muslim Care melalui pemeriksaa­n ketat daripada pihak tentera Filipina sebaik tiba di Pulau Basilan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia