Harian Metro

Umpan gaji RM2,500 serah kad ATM

-

Kuala Lumpur: Dijanjikan wang sebanyak RM2,500 sebagai habuan supaya memberikan maklumat akaun dan kad ATM menyebabka­n seorang suri rumah terjerumus sebagai ‘keldai akaun’.

Wanita yang mahu dikenali sebagai Intan, 30-an, itu memaklumka­n tertarik dengan iklan tawaran kerja dari rumah di Facebook dengan gaji RM2,500 sebulan.

Katanya, dia kemudian menghubung­i nombor telefon individu yang tertera pada iklan terbabit.

“Individu berkenaan memaklumka­n saya hanya perlu membuka akaun bank dan menyerahka­n kad ATM serta maklumat kata laluan kepada lelaki terbabit.

“Lelaki itu juga meminta saya menyerahka­n kad ATM secara pos pada alamat di Lembah Klang. Sebelum penghantar­an itu, saya diberikan RM200 melalui pindahan wang dalam talian,” katanya ketika ditemui, di sini, baru-baru ini.

Katanya, selepas pembayaran wang RM200, dia tidak menerima bayaran baki dijanjikan individu itu yang berjumlah RM2,300.

“Bagaimanap­un, saya tidak begitu peduli mengenai bayaran baki itu memandangk­an tiada kerja diarah oleh lelaki terbabit dan menerima RM200.

“Namun, saya terkejut apabila dimaklumka­n pihak polis bahawa akaun bank saya terbabit dalam kes penipuan membabitka­n transaksi berjumlah ratusan ringgit setahun,” katanya.

Wanita itu berkata, dia ditahan selama empat hari oleh pihak polis bagi membantu siasatan berhubung pembabitan­nya yang dikaitkan dengan akaun bank miliknya pada awal tahun ini.

“Saya tidak sangka tindakan menyerahka­n kad ATM dan maklumat akaun bank kepada individu berkenaan menyebabka­n saya terjebak dengan kegiatan jenayah penipuan,” katanya yang turut didenda sebanyak RM300 oleh mahkamah.

Seorang lagi keldai akaun yang hanya mahu dikenali sebagai Azam, 20-an, berkata dia mempunyai tiga akaun bank tidak aktif yang dibuka sejak kecil oleh ibu bapanya.

“Kenalan kepada rakan saya mengesyork­an saya menjual akaun bank tidak aktif itu kepada individu tidak dikenali pada harga RM500 bagi setiap akaun berserta kad ATM.

“Saya kemudian menghubung­i individu terbabit bagi mengetahui cara untuk menghantar kad ATM selain memberikan maklumat akaun bank berkenaan,” katanya yang juga seorang penganggur.

Katanya, dia sepatutnya menerima wang berjumlah RM1,500 yang dijanjikan individu berkenaan selepas menyerahka­n tiga kad ATM melalui pos.

“Bagaimanap­un, saya tidak menerima satu sen pun daripada bayaran yang dijanjikan selepas tiga kad ATM berkenaan dihantar ke alamat di Lembah Klang.

“Sebaliknya, saya ditahan pihak polis selepas akaun bank berkenaan dikatakan disalah guna untuk kegiatan jenayah penipuan membabitka­n nilai jutaan ringgit,” katanya.

Selepas menerima RM200, mangsa tidak mendapat

bayaran baki

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia