Harian Metro

20,602 AKAUN, 25 BANK

Jadi mangsa untuk aktiviti jenayah telekomuni­kasi sejak Januari sehingga September lalu

- Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor dan Nurul Hidayah Bahauddin am@hmetro.com.my

Sebanyak 20,602 akaun keldai (mule account) membabitka­n 25 bank di negara ini dikesan digunakan untuk aktiviti jenayah telekomuni­kasi sejak Janua“Mereka ri sehingga September lalu.

Ia dikategori­kan sebagai jenayah penipuan termasuk perbankan dalam talian, African Scam dan pinjaman tidak wujud.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad berkata, ia menunjukka­n penurunan berbanding tahun lalu apabila sebanyak 23,968 akaun keldai dikesan.

“Sindiket penipuan itu guna akaun keldai bagi membolehka­n mereka mendapatka­n wang tanpa dikesan.

menyasarka­n beberapa golongan yang sering menjadi pemilik akaun keldai antaranya individu yang mempunyai rekod jenayah, golongan pencari pekerjaan dan penagih dadah,” katanya.

Mohd Zakaria berkata, selain itu sindiket terbabit turut dikesan merekrut golongan penuntut dan pekerja sosial yang dijanjikan bayaran lumayan.

“Bagi tempoh Januari hingga September lalu, sebanyak 7,619 kes dilaporkan membabitka­n jenayah telekomuni­kasi, African Scam dan e-dagang yang menggunaka­n akaun keldai.

“Bagi jumlah itu, polis mendakwa 1,887 kes membabitka­n kesalahan berkenaan,” katanya.

Katanya, bagi mengetahui sama ada keldai akaun itu mangsa atau bersubahat dengan sindiket, pihaknya akan melakukan siasatan.

“Mangsa keldai akaun kebiasaann­ya akan kehilangan kad ATM dan akan membuat laporan polis.

“Manakala bagi mereka yang bersubahat dengan sindiket, akaun keldai yang dimiliki mereka biasanya lebih daripada satu. Mereka ini biasanya mempunyai hubungan dengan sindiket,”katanya.

Katanya, dalam menangani jenayah berkenaan, pihaknya sentiasa bekerjasam­a dengan agensi lain termasuk Bank Negara Malaysia (BNM) dan bank komersial.

“Proses penambahba­ikan undang-undang juga sedang dibincangk­an bagi memastikan undang-undang yang diguna pakai seiring dengan perkembang­an masa kini,” katanya.

Mereka menyasarka­n golongan yang sering menjadi pemilik akaun keldai antaranya individu yang mempunyai rekod jenayah, pencari pekerjaan dan penagih dadah”

Mohd Zakaria

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia