Harian Metro

Gesa kemas kini butiran peribadi

-

Kuala Lumpur: Pemegang unit di bawah Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat unit amanah milik Permodalan Nasional Berhad (PNB) perlu mengemas kini butiran peribadi di mana-mana cawangan atau ejen ASNB jika mereka belum berbuat demikian sebelum ini.

Ini kerana ASNB menjadikan langkah mengemas kini butiran peribadi itu sebagai mandatori bermula 11 November 2019.

Pemegang unit yang mempunyai akaun portal myASNB juga akan diminta untuk mengemas kini butiran peribadi ketika log masuk ke portal berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB, Mohammad Hussin berkata, keperluan untuk mengemas kini butiran pemegang unit ini juga adalah selari dengan ketetapan pihak kawal selia industri untuk melindungi maklumat peribadi dan urus niaga pemegang unit.

“Langkah ini bertujuan memastikan ASNB mempunyai pangkalan data pemegang unit yang lengkap dan terkini dalam usaha syarikat untuk menambah baik produk dan perkhidmat­an yang ditawarkan kepada semua pemegang unit ASNB selain melindungi akaun mereka,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, pangkalan data pemegang unit yang dikemas kini akan membolehka­n ASNB memberi perkhidmat­an lebih baik dan bernilai tambah kepada pemegang unit.

“Pemegang unit yang telah mengemas kini butiran peribadi juga boleh menggunaka­n kemudahan dalam talian yang kami tawarkan menerusi portal myASNB secara percuma termasukla­h pelaburan tambahan, pelaburan bulanan automatik menerusi Auto Labur dan semakan urus niaga serta baki terkini,” katanya.

 ??  ?? SEORANG wanita dibantu menggunaka­n perkhidmat­an kios ASNB.
SEORANG wanita dibantu menggunaka­n perkhidmat­an kios ASNB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia