Harian Metro

Empat kali seminggu ke Tokyo Narita

-

Kuala Lumpur: AirAsia membuat penerbanga­n sulung dari Kuala Lumpur ke Tokyo Narita, baru-baru ini di mana ia adalah perkhidmat­an bagi laluan baharu yang membuktika­n komitmen syarikat terbabit untuk mempercepa­tkan pertumbuha­nnya di Jepun.

Dalam satu kenyataan, syarikat penerbanga­n tambang rendah itu berkata, penerbanga­n empat kali seminggu itu menawarkan lebih daripada 150,000 tempat duduk tambahan setahun menerusi Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabang­sa Narita.

Langkah itu sekali gus membantu meningkatk­an sektor pelanconga­n dan ekonomi menjelang Tahun Melawat Malaysia 2020 serta Olimpik Tokyo 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail berkata, penerbanga­n sulung ke Tokyo Narita itu dilakukan menggunaka­n pesawat AirAsia A330 yang dilengkapi perkhidmat­an AirAsia WiFi bagi membolehka­n tetamu melayari video dan berhubung secara langsung di samping mengemas kini laman media sosial mereka dari paras ketinggian 35,000 kaki di awan.

AirAsia kini menawarkan tambang termasuk semua daripada RM539 bagi tempat duduk standard dan RM1,499 bagi tempat duduk Premium Flatbed (khusus kepada ahli AirAsia BIG saja) untuk laluan sehala Kuala Lumpur - Tokyo Narita.

Tawaran itu tersedia bagi tempahan di airasia.com atau menerusi aplikasi mudah alih AirAsia bermula 22

November hingga 24 November ini bagi perjalanan sehingga 28 Mac 2020.

AirAsia X adalah kumpulan syarikat penerbanga­n terbesar dalam sektor tambang rendah jarak jauh di Jepun dan mengoperas­ikan hampir 110 penerbanga­n seminggu termasuk 12 laluan antarabang­asa dan domestik ke dan dari Jepun.

 ??  ?? AIRASIA melalui perkhidmat­an AirAsiaX memulakan penerbanga­n sulung dari Kuala Lumpur ke Tokyo Narita.
AIRASIA melalui perkhidmat­an AirAsiaX memulakan penerbanga­n sulung dari Kuala Lumpur ke Tokyo Narita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia