Harian Metro

NETANYAHU DIDAKWA

Jadi PM pertama Israel berdepan tuduhan rasuah ketika masih berkuasa

- AFP

Benjamin Netanyahu bakal menjadi perdana menteri pertama Israel yang didakwa ketika masih berkuasa selepas dia berdepan tuduhan rasuah, salah guna kuasa dan menipu.

Pengumuman itu dibuat Peguam Negara, Avichai Mandelblit sekali gus mencemar imej perdana menteri Israel paling lama memerintah itu.

Perkembang­an terbaru itu juga memburukka­n lagi krisis politik di Israel yang kini masih belum mempunyai kerajaan selama beberapa bulan dan berdepan kemungkina­n pilihan raya umum ketiga dalam tempoh setahun.

Netanyahu ketika berucap selama 15 minit membalas kenyataan peguam negara itu dengan menuduh badan kehakiman, polis dan lain-lain merancang menentangn­ya menerusi tuduhan ‘palsu’ dan ‘berniat politik.’

“Apa yang sedang berlaku di sini adalah cubaan rampasan kuasa ke atas perdana menteri.

“Objektif siasatan itu adalah untuk mengguling­kan hak saya dari kerajaan. Saya akan terus memimpin negara ini, mengikut kertas perundanga­n,” katanya dalam siaran televisyen.

Bagaimanap­un, proses seterusnya kes itu masih tidak jelas, tanpa menetapkan sebarang tarikh perbicaraa­n.

Netanyahu masih gagal membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum lalu menunjukka­n tiada parti yang menang majoriti yang diperlukan.

Seteru politiknya, Benny Gantz yang turut cuba membentuk kerajaan menyeru Netanyahu berundur dan menumpukan perhatian terhadap dakwaan berkenaan.

“Ia hari yang menyedihka­n bagi Israel apabila pemimpinny­a didakwa. Tiada rampasan kuasa di Israel tetapi hanya mereka yang berlindung pada kuasa,” katanya.

Apa yang sedang berlaku di sini adalah cubaan rampasan kuasa ke atas perdana menteri”

Netanyahu

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia