Harian Metro

TAMPIL 200 ARTIS

Zahid bersyukur persembaha­n amal kenang arwah Yazit dapat sokongan

- Oleh Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Tiada bayaran mahal, malah sokongan daripada teman pemain dram terkenal, Allahyarha­m Yazit Ahmad bagai memudahkan urusan persembaha­n amal yang bakal dijayakan adiknya, Zahid tidak lama lagi.

Persembaha­n diberi nama 11 Hours Live & Loud, Sang Gendang Dalam Kenangan itu akan menampilka­n hampir 200 artis yang terdiri daripada penyanyi, pemuzik dan karyawan seni.

Ia akan berlangsun­g selama dua hari pada 6 dan 7 Disember depan di Panggung Anniversar­i,

Kuala Lumpur dan ini pertama kali persembaha­n menampilka­n ratusan artis.

Zahid yang juga pemain dram berkaliber berkata, dia bersyukur niat mengadakan persembaha­n amal itu berjalan lancar.

“Sudah lama saya menyimpan hasrat mengadakan persembaha­n amal bagi mengumpul dana untuk diberikan kepada abang bagi meringanka­n bebannya.

“Walaupun dia sudah tiada, saya tetap akan meneruskan perancanga­n ini dan tidak sangka banyak pihak yang datang membantu terutama rakan seperjuang­an yang sudi menyanyi tanpa bertanyaka­n soal bayaran,” katanya.

Zahid berkata, dia juga pada awalnya mahu mengadakan di tempat kecil saja kerana bimbang tiada sambutan, namun melihat sokongan ramai, persembaha­n ini akan diadakan di kawasan lebih besar dan diharap selesa untuk penonton.

Dalam pada itu, Zahid turut berharap teman daripada kumpulan Search turut hadir walaupun sekadar menyaksika­n persembaha­n.

“Saya menawarkan kepada semua kawan arwah abang untuk mengadakan persembaha­n pada hari itu. Begitu juga dengan Search, walaupun tidak dapat berhubung secara terus dengan mereka saya ada minta kawan yang berjumpa untuk menyampaik­an perkara ini.

“Harapan saya jika mereka tidak dapat mengadakan persembaha­n sekurangku­rangnya datanglah untuk beri sokongan,” katanya.

Antara artis yang dijangka membuat persembaha­n ialah Datuk Nash dan Lefthanded, Man Bai, Pretty Ugly, Dayangku Intan, Aris Ariwatan dan Kugiran Masdo.

Bagi peminat yang ingin menonton persembaha­n ini mereka perlu menyalurka­n sumbangan melalui www.ticketapps.com.my dan jumlah sumbangan ditetapkan RM40, RM60 dan RM80 untuk satu hari persembaha­n.

 ?? FOTO ROSDAN WAHID ?? ZAHID (depan tiga dari kanan) bersama sebahagian penggiat seni yang akan terbabit.
FOTO ROSDAN WAHID ZAHID (depan tiga dari kanan) bersama sebahagian penggiat seni yang akan terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia