Harian Metro

IZZATI JAGA PENAMPILAN

Atlet lari berpagar peruntuk masa 45 minit untuk erdandan supaya sepadan dengan pakaian

- Oleh Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Untuk bergaya, tidak perlu bajet tinggi atau berbelanja besar jika anda bijak mencari padanan yang cantik dan mudah disuai padan.

Membeli pakaian terpakai atau bundle juga boleh membuatkan anda tampil anggun jika pandai menggayaka­nnya.

Atlet 400 meter lari berpagar negara, Saidatul Izzati Suhaimi berkata, dia memang seorang yang menjaga penampilan kerana ia mampu membawa aura positif sepanjang hari.

Status sebagai siswa di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan atlet yang sering mengundang tumpuan turut menjadi antara sebab dia mahu tampak sentiasa bergaya.

Mengakui agak cerewet dalam memilih persalinan harian, Izzati berkata, dia mempunyai pelbagai koleksi pakaian, malah banyak juga yang dibeli dari kedai bundle yang membawakan busana Jepun.

Katanya, fesyen pakaiannya mengikut arus semasa dan paling penting ia sesuai dengan gaya remaja.

“Saya sebenarnya seorang yang gemarkan aksesori kerana ia boleh menampakka­n kelainan.

“Jika ditanya warna pilihan, buat masa ini saya lebih suka menggayaka­n warna cerah, merah jambu ataupun ungu.

“Pemilihan warna dan aksesori ini perlu dipadankan dengan keadaan agar tidak terlalu menyerlah atau tidak pula terlalu kusam. Saya perlu bijak memilih pakaian bersesuaia­n dengan keadaan selain menitikber­atkan keselesaan,” katanya.

Kata Izzati, sebelum ke kelas dia memperuntu­kkan masa 45 minit untuk bersiap dan berdandan supaya penampilan­nya tampak sepadan dengan pakaian yang tersarung di badan.

“Jika ingin penampilan ringkas, saya akan cuba bergaya seringkas yang boleh.

“Namun apa yang penting adalah berani bereksperi­men dan yakin apa yang dipakai bersesuaia­n dengan keadaan ketika itu,” katanya.

Gadis manis ini mengakui, meskipun sibuk, minatnya terhadap dunia fesyen dan mahukan kelainan membolehka­n dia tampil dengan gaya segar dan berbeza setiap kali melangkah ke kelas.

“Bagi saya ia satu perkara penting, apatah lagi sebagai atlet yang membawa imej negara. Malah saya juga akan memastikan penampilan sentiasa terjaga biarpun ketika beraksi di manamana pertanding­an,” katanya.

Bagaimanap­un, dia yang tidak terpilih untuk bersama skuad olahraga negara ke temasya Sukan SEA Filipina bulan depan berkata, ia bukan penamat kepada kariernya sebagai atlet olahraga dan bertekad memperbaik­i prestasiny­a pada 2020.

Gadis berusia 23 tahun ini berkata, 2020 disifatkan tahun yang lebih mencabar dan dia sudah bersedia memberikan yang terbaik kepada negara.

Pemilihan warna dan aksesori perlu dipadankan dengan keadaan agar tidak terlalu menyerlah atau tidak pula terlalu kusam

IZZATI

 ??  ?? ANTARA aksesori dalam koleksi Izzati.
PENAMPILAN antara yang diberi keutamaan biarpun menyertai
perlumbaan.
GAYA ringkas jika menghadiri kelas.
ANTARA aksesori dalam koleksi Izzati. PENAMPILAN antara yang diberi keutamaan biarpun menyertai perlumbaan. GAYA ringkas jika menghadiri kelas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia