Harian Metro

PAKEJ KEJUTAN

Peluang Sociedad perbaiki prestasi tak menentu musim ini

- AFP

Real Sociedad bertemu Real Madrid awal pagi esok dengan peluang untuk memperbaik­i permulaan musim yang tidak menentu dan memberi tekanan sebagai pencabar sejati kelompok empat teratas La Liga.

Mereka bertandang ke Santiago Bernabeu, dua mata di belakang Madrid dan tampil sebagai pakej kejutan apabila Granada yang memulakan musim ini dengan cemerlang semakin suram susulan tiga kekalahan berturut-turut.

Real Sociedad berjaya mengelak nasib malang setakat ini, biarpun tiga perlawanan terakhir sebelum rehat antarabang­sa mendedahka­n tanda-tanda tekanan.

Mereka diikat Leganes yang berada di dasar liga, dua minggu selepas tewas di laman sendiri kepada Levante yang menduduki tangga ke-13.

“Saya pergi ke bilik persalinan dan ia kelihatan seperti pengkebumi­an,” kata jurulatih Imanol Alguacil selepas seri kepada Leganes.

Antara kepincanga­n itu termasuk kemenangan tipis ke atas Celta Vigo dan Granada, kedua-duanya diraih dengan jaringan pada 10 minit terakhir yang boleh dilihat sebagai bukti nasib menyebelah­i mereka.

Namun mereka berhak berada di kedudukan itu.

Real Sociedad adalah antara pasukan yang menampilka­n permainan lancar dalam divisyen itu setakat ini, paling menghiburk­an untuk ditonton berbanding Barcelona dan gawang mereka jarang dibolosi.

Mereka berjaya menggerunk­an lawan dengan aksi pantas dan membuli mereka dengan intensiti.

Menerusi Martin Odegaard, (gambar) mereka memiliki pemain tengah paling kreatif sepanjang musim dan apabila pemain berusia 20 tahun itu yang dipinjamka­n dari Real Madrid, dibenarkan menentang kelab asalnya, dia mungkin berpeluang untuk membuktika­n sesuatu.

“Apabila anda melihatnya berlatih dan apabila dia bermain, anda sedar dia adalah pemain istimewa,” kata Nacho Monreal yang dibawa masuk dari Arsenal musim panas lalu.

“Dia menemui tempat terbaik untuk beraksi dan kami menyokong permainann­ya.”

Saya pergi ke bilik persalinan dan ia kelihatan seperti pengkebumi­an”

Imanol Alguacil

 ??  ??
 ??  ?? PEMAIN Sociedad (kiri) tampil permainan lancar.
PEMAIN Sociedad (kiri) tampil permainan lancar.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia