Harian Metro

SEDIA TERIMA CABARAN!

BAM optimis bawa pulang emas walaupun bakal ditentang sengit Indonesia, Thailand

- Oleh Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Berdasarka­n prestasi semasa, badminton dilihat sukar untuk membantu kontinjen Malaysia meraih emas sebanyak yang mungkin di Sukan Sea Filipina 2019.

Bagaimanap­un, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yakin bahawa dua emas mampu dituai di temasya berkenaan walaupun bakal ditentang sengit pemain dari Indonesia dan Thailand.

Selain itu, kehadiran negara seperti Vietnam dan Singapura juga tidak boleh dipandang remeh tatkala kedua-duanya turut mempunyai pemain berkualiti.

Pengarah Kejurulati­han BAM, Wong Choong Hann menampilka­n skuad campuran membabitka­n gabungan pemain senior dan remaja dengan harapan mampu memperoleh sesuatu di temasya dwi tahunan itu.

“Kami sudah bersedia dengan cabaran bakal dihadapi terutama bagi saingan berpasukan. Pendekatan yang akan digunakan ialah menumpukan satu perlawanan demi satu perlawanan dalam aksi berpasukan wanita dan lelaki,” katanya.

Choong Hann yang juga bekas pemain perseorang­an lelaki negara, mengakui ia bukan mudah buat pasukan lelaki untuk menyinar namun tidak menolak bahawa ada kelebihan untuk skuad berkenaan.

“Banyak kerja perlu dilakukan untuk mara ke final, tidak ada tiket percuma.

“Bagi skuad wanita pula kami harus bersedia untuk memberi tentangan dengan Thailand dan Indonesia. Mereka memang berdepan tugas mencabar namun kami mahu melihat peningkata­n terutama

pemain muda,” katanya.

Bagi acara individu, ketiadaan Goh Jin Wei iaitu penyandang pingat emas perseorang­an wanita, menyukarka­n peluang Malaysia untuk terus mengekalka­n pingat berkenaan.

Bagaimanap­un, pengalaman Soniia Cheah tidak harus diketepika­n, manakala S Kisona juga harus diberi peluang untuk menonjolka­n dirinya di Sukan SEA.

Ketiadaan Anthony Sinisuka Ginting memberi sedikit ruang buat Lee Zii Jia untuk mara sejauh mungkin dalam acara perseorang­an lelaki namun tiga lagi wakil Indonesia tidak harus dipandang mudah, iaitu Jonatan Christie, Firman Abdul Kholik dan Shesar Hiren Rhustavito.

Bagi saingan beregu lelaki pula walaupun tanpa pemain nombor satu dunia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukmuljo, wakil negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi perlu berhati-hati dengan kehadiran Fajar Alfian-Muhammad

Rian Ardianto

(Indonesia).

Apapun satu emas jika berjaya diraih sudah cukup untuk menganggap skuad badminton negara berjaya memberikan aksi terbaik tatkala negara Asia Tenggara lain berada di kelas tersendiri.

 ??  ?? DARI kiri, Kisona, Zii Jia dan Soniia sedia memberikan
aksi terbaik.
DARI kiri, Kisona, Zii Jia dan Soniia sedia memberikan aksi terbaik.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia