Harian Metro

Taekwondo sasar dua emas

- Oleh Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Meskipun menyedari taekwondo adalah sukan subjektif, barisan kejurulati­han dan atlet negara tetap yakin mampu menyumbang sekurang-kurangnya dua pingat emas kepada kontinjen negara pada temasya Sukan Sea Filipina.

Kedua-dua pingat yang disasarkan itu adalah masing-masing satu menerusi acara kyorugi dan poomsae.

Jurulatih Kyorugi, Mohd Firdaus Abdullah berkata, pihaknya meletakkan sandaran tinggi kepada Muhammad Syafiq Zuber untuk menyambar satu emas selepas pemenang pingat emas dua tahun lalu di

Kuala Lumpur, Rozaimi Rozali mengumumka­n persaraan.

“Sememangny­a kami di Kyorugi menyasarka­n satu emas saja. Peluang untuk Syafiq memenangi emas adalah 70 peratus.

“Manakala seorang lagi atlet, Ahmad Nor Iman (Hakim Rakib) ada peluang untuk memenangi emas tetapi kira-kira 50 peratus saja kerana di dalam kategori

yang disertainy­a terdapat atlet tuan rumah.

“Sejak awal lagi saya sudah mengingatk­an setiap atlet supaya bersedia daripada aspek fizikal dan mental kerana sukan ini adalah subjektif. “Apapun semua atlet sememangny­a sudah bersedia untuk menghadapi

saingan di

Filipina,” katanya. Sementara itu, jurulatih Poomsae, Yap Yih Tiing berkata, pihaknya juga menyasarka­n satu emas menerusi Yap Khim Wen dalam acara individu wanita. “Dalam sukan taekwondo, Poomsae sememangny­a sangat subjektif dan segala-galanya bergantung kepada penilaian pengadil yang dilantik.

“Apapun kami tetap menyasarka­n satu emas menerusi acara individu wanita. Kami yakin mampu meraih emas itu selepas Khim Yen memenangin­ya pada Kejohanan Terbuka Asia di Vietnam pada Ogos lalu.

“Ketika itu rata-rata atlet yang bakal beraksi di Sukan Sea menyertai kejohanan itu. Jadi kami dapat menilai semua prestasi atlet,” katanya.

Peluang untuk Syafiq memenangi emas adalah 70 peratus Mohd Firdaus

Abdullah

 ??  ?? ATLET Taekwondo kebangsaan bagi acara Kyorugi (berbaju putih) dan Poomsae (berbaju biru) pada sesi latihan di Majlis Sukan Negara.
ATLET Taekwondo kebangsaan bagi acara Kyorugi (berbaju putih) dan Poomsae (berbaju biru) pada sesi latihan di Majlis Sukan Negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia