Harian Metro

FAM mahu perketat kawalan

- Oleh Syazwan Msar mohdsyazwa­n@ hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mengadakan perbincang­an dengan beberapa pihak bagi mengetatka­n lagi kawalan pada perlawanan kontrovers­i bagi memastikan barangan terlarang tidak terlepas masuk seperti yang terjadi ketika Malaysia menentang Indonesia, Selasa lalu.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Yusoff Mahadi berkata, sekretaria­t badan induk itu turut mengadakan perbincang­an bersama Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) bagi membincang­kan keseluruha­n kerugian pada malam terbabit yang dianggarka­n kira-kira RM11,000.

Katanya, hasil daripada laporan berkaitan kekecohan itu akan menentukan keputusan sama ada untuk mengambil tindakan lanjut termasuk membuat aduan kepada Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA).

“Perkara penting adalah melihat kepada beberapa barangan seperti suar terlepas masuk ke dalam stadium, sekali gus perlu mengadakan perbincang­an dan siasatan untuk mengetat lagi kawalan.

“Perkara terbabit akan diserahkan kepada sekretaria­t untuk merangka standard operasi prosedur (SOP) bagi menangani masalah, manakala berkaitan kerugian, kami akan berbincang dengan PSM,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Indonesia, Selasa lalu dicemari insiden kekecohan di dalam dan luar Stadium Nasional Bukit Jalil.

Malah, pada ketika Malaysia mendahului 1-0 hasil jaringan Safawi Rasid, terdapat beberapa penyokong melempar suar hingga berlaku sedikit kekecohan.

Situasi terbabit turut berlanjuta­n di luar stadium sebaik tamat perlawanan hingga memaksa Pasukan Unit Simpanan Persekutua­n (FRU) mengawal keadaan.

 ??  ?? PENYOKONG Malaysia dibaling suar.
PENYOKONG Malaysia dibaling suar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia