Harian Metro

Ketiadaan Wan Kuzain dirasai

-

Kuala Lumpur: Ketiadaan Wan Kuzain Wan Kamal dalam senarai akhir 20 pemain untuk ke Sukan Sea Filipina amat dirasai terutama apabila dia sudah membentuk keserasian bersama pemain lain sejak latihan bermula empat hari lalu.

Perkara terbabit diakui jurulatih skuad Bawah 22 Tahun (B-22), Datuk Ong Kim Swee yang percaya Wan Kuzain mempunyai potensi besar dalam pasukan.

Beliau bagaimanap­un berkata, ketiadaan pemain kelahiran Illinois, Amerika Syarikat itu tidak akan merencatka­n perancanga­nnya untuk membariska­n pemain terbaik bagi menggalas cabaran di temasya dwitahunan berkenaan.

“Seperti yang kita ketahui, dia berdepan masalah dokumentas­i yang gagal diselesaik­an sebelum tarikh akhir, sekali gus kami terpaksa melupakan khidmatnya untuk Sukan Sea.

“Terdapat beberapa pemain lain yang boleh mengisi kekosongan Wan Kuzain dan mereka juga berkeboleh­an menggalas cabaran yang diberikan nanti. Setakat ini, dia akan pulang ke Amerika Syarikat dan kami biarkan dia menentukan hala tuju kariernya dan kami sentiasa menyokong Wan Kuzain tidak kira apa juga keputusan yang diambil,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Sementara itu, walaupun pasukannya bakal dibarisi tujuh daripada 20 pemain yang pernah memenangi perak di temasya sama dua tahun lalu, Kim Swee tidak mahu meletakkan tekanan emas kepada anak buahnya.

“Saya mahu pemain fokus pada saingan kumpulan terlebih dulu sebelum pusingan seterusnya. Biar kami melepasi satu demi satu aksi sebelum memikirkan soal pingat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia