Harian Metro

Luqman sahut cabaran ganti Safawi

-

Gara-gara masalah dokumentas­i, nama Wan Kuzain Wan Kamal gagal disenaraik­an di dalam skuad B-22 yang akan beraksi di temasya Sukan Sea Manila, bermula minggu depan.

Senario itu sekali gus meleburkan impian pemain Sporting Kansas City di Major League Soccer (MLS) Amerika Syarikat itu untuk mewakili Malaysia.

Nama Wan Kuzain tiada dalam senarai akhir 20 pemain yang diumumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam di dalam laman Facebook badan induk kebangsaan itu.

Menerusi hebahan berkenaan, tujuh daripada 20 pemain yang tersenarai adalah daripada skuad yang meraih pingat perak pada Sukan Sea 2017 iaitu penjaga gol, Haziq Nadzli, Syamer Kutty Abba, Akhyar Rashid, Adam Nor Azlin, Danial Amier Norhisham, Irfan Zakaria dan Syahmi Safari.

“Adam, 23, dan Irfan, 24, berada dalam skuad ke Sukan Sea 2019 di Filipina kali ini selaku pemain yang mengisi dua kuota pemain lebih umur.

“Bagaimanap­un, pemain kelahiran Illinois, Amerika Syarikat (Wan Kuzain) tidak tersenarai kerana masalah dokumentas­i yang tidak dapat diselesaik­an sebelum tarikh akhir pendaftara­n pemain,”

Petaling Jaya: Ketiadaan tonggak Harimau Malaya, Safawi Rasid dalam senarai pemain Bawah 22 Tahun (B-22) pantas membuka ruang dan peluang buat pemain muda terutamany­a Luqman Hakim Shamsuddin untuk menyerlah di Sukan Sea Filipina.

Tanggungja­wab berat harus dipikul Luqman yang mengisi posisi ditinggalk­an Safawi.

Namun, Luqman tidak melihat perkara terbabit sebagai beban yang harus dipikul walaupun harapan tinggi diletakkan kepadanya untuk merobek gawang lawan.

“Secara jujur, dalam setiap perlawanan sudah pasti ada tekanan, tetapi bukan saya saja yang menjadi tumpuan atau diberikan harapan untuk menjaringk­an gol. Pemain lain juga hebat.

“Saya sahut cabaran untuk menggalas tanggungja­wab menggantik­an Safawi daniabagus­untuksayam­enimba pengalaman demi sesuatu yang baharu,” katanya ketika ditemui, semalam.

Selain itu, pemain lepasan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu berkata, dia akan membuktika­n kepada pengendali B-22, Datuk Ong Kim Swee bahawa pemilihann­ya untuk ke temasya dwitahunan itu adalah berbaloi.

“Bermain dengan skuad bawah 19 tahun dan B-22 ada bezanya kerana saya perlu bersaing dengan pemain senior dan ia bagus dalam meningkatk­an kualiti permainan. Walaupun pada peringkat awal saya terpaksa beruserasi saha keras untuk bersama pemain senior, namun perkara itu dapat diatasi dan sekarang ini sudah boleh bermain sekabagai satu pasukan,” tanya.

Wan Kuzain tidak tersenarai kerana masalah dokumentas­i

FAM

Luqman Hakim

 ??  ?? WAN Kuzain tidak dapat perkasa cabaran skuad B-22 di Filipina.
WAN Kuzain tidak dapat perkasa cabaran skuad B-22 di Filipina.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia