Harian Metro

INI DAH MELAMPAU

- Oleh Amir Abd Hamid dan Mohd Firdaus Ibrahim firdaus_ibrahim@hmetro.com.my

Dasar pelanconga­n negara yang membenarka­n kemasukan pelancong luar terutamany­a warga China tanpa visa ke negara ini antara punca kenapa Malaysia dipilih menjadi pangkalan sindiket penipuan pelaburan tukaran mata wang asing atau Forex.

Sumber memberitah­u Harian Metro, kerajaan Malaysia menyediaka­n kemudahan kemasukan pelancong tanpa visa bertujuan untuk menarik jumlah pelancong ke negara ini.

“Dasar pelanconga­n ini dimanipula­si sindiket. Bagi menggalakk­an kemasukan (pelancong), kerajaan juga mengarahka­n pihak berkuasa yang menjaga pintu masuk utama negara supaya mempercepa­tkan proses pemeriksaa­n pelancong (di lapangan terbang).

“Ini memang tarikan utama sindiket untuk masuk ke Malaysia dan punca kepada mereka (ahli sindiket) lolos.

“Keduanya, pembabitan orang dalam juga antara faktor memudahkan kemasukan mereka. Dasar dah mudah, ada kaki lagilah mudah mereka masuk. Warga China memang masuk ke sini (Malaysia) guna Kemudahan Electronic Travel Registrati­on & Informatia­n (eNTRI). Ia (eNTRI) pernah jadi isu satu masa dulu, tetapi kemudahan ini masih diteruskan,” katanya.

Menurutnya, pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Agensi Penguatkua­saan

Maritim Malaysia (APMM) tidak pernah mengesan kemasukan warga China melalui lorong tikus mahupun laluan laut.

“Mereka masuk sebagai pelancong ke Malaysia melalui udara. Jadi kenapa lolos? Tanyalah pada mereka yang bertugas di sana,” katanya.

Dalam perkembang­an sama, sumber itu berkata, ketua sindiket adalah warga Malaysia yang mempunyai hubungan dengan warga China dalam menjalanka­n kegiatan haram berkenaan.

“Ini antara tarikan kedua kenapa pilih Malaysia. 680 warga China yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) hanyalah pengendali yang direkrut dan bukannya dalang.

“Ada antara mereka sebenarnya dijanjikan kerja lain termasuk melancong ke Malaysia namun dipaksa untuk menipu rakan senegara di tanah air (China) sebaik tiba di Malaysia. Pengendali sistem pelaburan itu datang ke negara ini dengan jemputan warga kita (tempatan). Ini (jemputan) membabitka­n individu tertentu yang dipercayai dilindungi pihak berkuasa dan ahli perniagaan,” katanya turut memberitah­u, sindiket itu menyediaka­n cut off yang mana setiap lapisan organisasi tidak mengenali antara satu dan lain.

Katanya, sebab kedua kenapa mereka menjadikan Malaysia sebagai pangkalan penipuan kerana kerajaan China memang serius memerangi gejala ini.

“Jadi, mereka datang Malaysia. Rakyat Malaysia pula tidak suka mencampuri urusan orang lain, itu antara sebab mereka ke negara ini. Persamaan budaya rakyat China dan Malaysia yang berbilang kaum juga antara faktor penarik mereka ke sini,” katanya.

Untuk rekod, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman tahun lalu pernah membeku dan menyita hampir RM20 juta berkaitan penipuan yang menyasarka­n warga asing. Dua pengendali penipuan itu kini dibuang daerah di Baling, Kedah dan Kelantan.

Diminta memperinci­kan organisasi sindiket penipuan itu, sumber itu berkata, warga tempatan dibantu rakannya di China (warga China) untuk merekrut pengendali sebelum dibawa ke Malaysia.

“Hierarki kedua, adalah akauntan. Ia berperanan untuk sediakan akaun bank China. Selalunya, akaun bank ini diwujudkan dengan merekrut keldai akaun.

“Sebelum pengendali dari China datang (Malaysia), bahagian teknikal akan menyediaka­n premis seperti kondominiu­m dan peralatan tertentu seperti telefon bimbit, Internet dan sebagainya. Premis itu bukan saja dijadikan tempat tinggal, sebaliknya juga tempat atau sarang operasi haram mereka.

“Pengendali akan menghubung­i rakan senegara mereka di China sebelum menawarkan pelaburan itu. Mereka akan memberikan akaun bank kepada pelanggan yang termakan pujukan pengendali. Kebanyakan pengendali dilatih atau disediakan dengan skrip tertentu untuk meyakinkan mangsa,” katanya.

JSJK beku RM20 juta berkaitan penipuan tahun lalu

 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia