Harian Metro

TEMASYA LALOK PENGANJUR SUNTI

Dua remaja sewa kondo mewah jemput 48 individu bersuka ria dengan pelbagai jenis dadah

- Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Muhaamad Hafis Nawawi am@hmetro.com.my

Dua gadis sunti berusia 12 dan 17 tahun ini sudah tidak bersekolah tetapi berpakat menyewa dua unit kondominiu­m mewah untuk menganjurk­an pesta liar selama tiga hari dua malam. Kedua-duanya ditahan dalam operasi polis pagi semalam ketika parti yang dihadiri 48 peserta itu berlangsun­g dipenuhi dadah dan air ketum, lapor Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Muhaamad Hafis Nawawi

Sungguh mengejutka­n apabila seorang remaja perempuan berusia 12 tahun bersama rakannya berusia 17 tahun menjadi dalang penganjura­n pesta liar dadah di kondominiu­m mewah.

Kedua-dua gadis terbabit didakwa menyewa dua unit kondominiu­m di Jalan Ampang di sini, bagi mengadakan pesta liar selama tiga hari dua malam.

Aktiviti maksiat dihadiri 48 individu itu khusus untuk kenalan yang menerima jemputan khas menerusi aplikasi WhatsApp tanpa yuran penyertaan.

Kegiatan itu bagaimanap­un terbongkar susulan serbuan polis di dua unit kondominiu­m berkenaan pagi semalam.

Dalam serbuan pertama, sepasukan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju menyerbu sebuah kondominiu­m jam 10.30 pagi, susulan maklumat dan risikan diterima.

Menurut sumber, hasil serbuan itu, 36 individu diberkas membabitka­n 27 lelaki dan sembilan perempuan tempatan yang didapati dalam keadaan khayal akibat dadah.

“Daripada jumlah itu, enam lelaki dan lapan perempuan ditahan adalah remaja bawah umur.

“Pemeriksaa­n pada meja di ruang tamu menemui sepeket plastik berisi serbuk dan ketulan disyaki ketamin. Turut ditemui pil Eramin 5 dan pelbagai pil disyaki dadah ekstasi,” katanya.

Susulan itu polis merampas alat pembesar suara dan

laser display system yang dipercayai digunakan untuk berhibur.

Menurutnya, serbuan kedua turut dilakukan di sebuah unit kediaman berhampira­n di kondominiu­m sama, dua jam kemudian.

Hasil serbuan kedua, polis menahan 12 individu membabitka­n lapan lelaki dan empat perempuan yang turut menyertai pesta liar.

“Dalam serbuan itu, polis menemui sejumlah pil ekstasi, ketamin dan air ketum,” katanya.

Sumber itu berkata, remaja berusia 12 tahun berasal dari Batu Caves, Selangor,

tidak lagi bersekolah, manakala remaja berusia 17 tahun dari Sabak Bernam, Selangor, adalah peniaga pasar tani.

“Siasatan mendapati dalang atur acara pesta liar itu menyewa satu unit kediaman dengan bayaran

RM330, manakala satu lagi kumpulan menyewa RM230 sehari. Bagaimanap­un tiada bayaran khas dikenakan ke atas peserta lain.

“Semua 48 individu terbabit ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Wangsa Maju untuk menjalani ujian air kencing. Majoriti daripadany­a positif dadah,” katanya.

Menurutnya, semua suspek direman empat hari dan disiasat mengikut Seksyen 30 (3), Seksyen 12(2) ADB dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superinten­dan Rajab Ahad Ismail yang dihubungi mengesahka­n tangkapan dilakukan namun enggan mengulas lanjut.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ANTARA individu yang ditahan di dua unit kondominiu­m di Jalan Ampang, semalam.
ANTARA individu yang ditahan di dua unit kondominiu­m di Jalan Ampang, semalam.
 ??  ?? REMAJA bawah umur turut terbabit pesta liar.
REMAJA bawah umur turut terbabit pesta liar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia