Harian Metro

ENAM MENTERI DALAM RADAR

- Oleh Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

Sekurang-kurangnya enam menteri disebut-sebut akan terbabit dalam rombakan Kabinet yang dikatakan akan dibuat dalam masa terdekat.

Mereka yang berada dalam senarai bayangan sesetengah pemerhati politik ialah Menteri Pendidikan Dr Mazslee Malik, Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri Sumber Manusia M Kulasegara­n, Menteri Pembanguna­n Usahawan Datuk Seri Redzuan Mohd Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahter­aan Sosial) P Waytha Moorthy.

Nama mereka dikatakan tersenarai ekoran beberapa isu berkaitan kementeria­n masing-masing yang menimbulka­n reaksi kurang senang dalam kalangan rakyat selepas Pilihan Raya

Umum ke-14 Mei tahun lalu.

Turut disebut-sebut untuk ‘naik pangkat’ sebagai menteri penuh ialah Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya yang juga Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Isu rombakan Kabinet kembali menjadi tumpuan sejak beberapa hari ini susulan pertemuan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk

Seri Mohamed Azmin Ali bersama ahli parlimen Barisan Nasional di kediamanny­a di Putrajaya.

Selain itu, isu membabitka­n portfolio yang membangkit­kan kemarahan rakyat seperti keputusan inkues Allahyarha­m Muhammad Adib Mohd Kasim, soal pengagihan zakat kepada golongan pondan, kereta terbang serta prestasi keseluruha­n menteri Kabinet turut diambil kira.

Sementara itu, mengulas mengenainy­a, Pensyarah Kanan Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Muhamad Nadzri Mohamed Noor berkata, kemungkina­n mana-mana menteri yang terbabit dalam rombakan hanya akan bertukar portfolio ke kementeria­n lain.

Katanya, isu besar yang ditunggu rakyat ketika ini bukan rombakan di peringkat Kabinet, tetapi apakah ada peralihan kuasa antara Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada penggantin­ya seperti yang dipersetuj­ui sebelum ini.

“Secara keseluruha­n, itu yang dinantikan kerana seperti tidak ada keperluan untuk merombak barisan Kabinet walaupun ada sebahagian­nya prestasi di peringkat kementeria­n agak lemah.

“Apapun isunya, keresahan rakyat mengenai prestasi kerajaan lebih tertumpu kepada janji pilihan raya lalu. Memang beberapa menteri tidak mencapai prestasi yang memuaskan dan kemungkina­n mereka akan ditukarkan untuk meredakan kemarahan rakyat,” katanya.

Nama mereka dikatakan tersenarai ekoran beberapa isu berkaitan kementeria­n masing-masing

 ??  ??
 ??  ?? WAYTHA Moorthy
WAYTHA Moorthy
 ??  ?? REDZUAN
REDZUAN
 ??  ?? DR Mujahid
DR Mujahid
 ??  ?? RINA
RINA
 ??  ?? KULASEGARA­N
KULASEGARA­N
 ??  ?? DR Mazslee
DR Mazslee

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia