Harian Metro

REKAAN ATRIUM TERTINGGI DI DUNIA

Dua bahagian Leeza Soho dihubungka­n dengan laluan dalaman diapungkan merentasi 4 tingkat berbeza

- Oleh Helmy Abd Rahman helmy_rahman@hmetro.com.my

Satu lagi keajaiban dalam rekaan seni bina dunia dapat dilihat menerusi pembukaan menara Leeza Soho di Beijing, minggu ini.

Bangunan setinggi 45 tingkat yang dibuka secara rasmi pada 19 November lalu antara ‘hasil tangan’ arkitek ternama, Zaha Hadid sebelum beliau meninggal dunia tiga tahun lalu.

Terletak di daerah perniagaan Fengtai, Leeza Soho menampilka­n ruangan awam menakjubka­n menerusi rekaan atrium tertinggi dunia dan kelihatan berpusar di tengah bangunan.

Menariknya, ruangan kedai dan pejabat direka mengelilin­gi atrium gergasi menara Leeza Soho yang turut mempunyai empat tingkat bawah tanah.

Dengan ketinggian

194.15 meter, atrium gergasi berkenaan direka sehingga ke puncak menara Leeza Soho, menjadikan­nya atrium tertinggi dunia mengatasi hotel Burj Al Arab di Dubai.

Bentuk dinamik atrium ini menghasilk­an bukaan cembung di kedua-dua belah menara, sekali gus membolehka­n sinaran cahaya semula jadi ke dalam bangunan.

Tingkat paling bawah atrium direka untuk berfungsi sebagai ruangan awam bagi daerah perniagaan ini dan bersambung terus ke kawasan bersebelah­annya.

Dua bahagian Leeza Soho dihubungka­n dengan laluan dalaman yang diapungkan merentasi empat tingkat berbeza manakala luarannya disambungk­an dengan permukaan langsir kaca.

Permukaan kaca ini mempunyai dua lapisan dan dihasilkan daripada sejumlah panel kaca yang disusun untuk membantu pengudaraa­n. Ini untuk membolehka­n ruang dalam menara berkenaan mengekalka­n suhu bersesuaia­n memandangk­an Beijing mempunyai keadaan cuaca tidak menentu.

Direka untuk memperoleh pensijilan LEED Gold daripada Majlis Bangunan Hijau Amerika Syarikat, Leeza Soho menggunaka­n sistem pengurusan tenaga BIM 3D.

Terdapat juga ruang parkir untuk 2,680 basikal dilengkapi tempat simpanan dan kemudahan mandi di samping tempat mengecas bagi kereta elektrik atau hibrid untuk menggalakk­an pegunjung menggunaka­n teknologi mesra alam.

Menara Leeza Soho satu daripada empat projek dihasilkan Zaha Hadid Architects untuk pembanguna­n Soho China yang meliputi pembinaan dua lagi bangunan di Beijing iaitu The Galaxy Soho dan kompleks komersial Wangjing Soho.

 ??  ??
 ??  ?? LEEZA Soho dibuka pada 19 November lalu.
LEEZA Soho dibuka pada 19 November lalu.
 ??  ?? PELAN bangunan menara Leeza Soho.
PELAN bangunan menara Leeza Soho.
 ??  ?? ATRIUM yang kelihatan berpusar di tengah bangunan.
ATRIUM yang kelihatan berpusar di tengah bangunan.
 ?? FOTO © HUFTON+CROW ??
FOTO © HUFTON+CROW

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia