Harian Metro

QASIDAH REMAJA

Qasidah ada aura tersendiri untuk tarik remaja terbabit dalam aktiviti cukup istimewa itu

- Oleh Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Qasidah adalah bentuk syair epik kesusaster­aan Arab yang dinyanyika­n bahkan menjadi budaya masyarakat Arab sebelum kelahiran Rasulullah SAW lagi.

Penyanyi melagukan lirik berisi puji-pujian berbentuk keagamaan dan sindiran atau teguran kepada orang Islam.

Ia berasal daripada perkataan ‘qasada’ yang bermaksud luahan hati. Manusia pertama yang berqasidah dengan memuji Nabi Muhammad SAW ialah datuk baginda sendiri iaitu Abdul Mutalib yang kemudian dikenali sebagai Selawat Adnani.

Terdapat lebih 70 qasidah dengan pelbagai alunan yang biasanya sering dikuasai golongan yang sudah berusia.

Bagaimanap­un, qasidah ini mempunyai auranya sendiri untuk menarik remaja terbabit dalam aktiviti ini disifatkan cukup istimewa ketika jiwa ramai anak muda kini ini yang lebih terarah kepada muzik moden.

Ia adalah kelebihan yang dimiliki oleh seseorang itu kerana tidak semua akan dapat menghayati atau menghafal alunan qasidah yang merdu.

Bagi Nur Fatihah Izzati Azam, 17, dia terbabit dalam kumpulan qasidah sejak berusia 10 tahun kerana minat yang mendalam selepas kagum dengan aluan dilantunka­n oleh mereka lebih berpengala­man.

Fatihah berkata, qasidah memberi ketenangan jiwa yang sukar untuk digambarka­n dengan katakata, malah sudah menjadi kebiasaann­ya mengalunka­n qasidah ketika berada di rumah.

Dia berasa lebih selesa mengalunka­n qasidah dan kini sudah menghafal lebih 70 jenis alunan qasidah.

Fatihah langsung tidak kekok menyampaik­annya dan sudah menjadi kebiasaan buat dirinya mengalunka­n qasidah pada waktu lapang.

Kata Fatihah, surau di Pangsapuri Putra Ria, Kuala Lumpur menjadi rumah keduanya bersama ahli kumpulan yang diberi nama Qasidah Mawaddah An-Nur.

“Ibu bapa tidak pernah memaksa saya untuk terbabit dalam aktiviti ini. Saya bersama kumpulan ini kerana minat kerana bagi saya daripada membuang masa dengan aktiviti tidak berfaedah lebih baik melakukan aktiviti bermanfaat.

“Tambahan pula kami sesama ahli kumpulan qasidah yang lain memang rapat. Selain buat latihan qasidah kami juga melakukan pelbagai aktiviti bersama. Ukhuwah terjalin ini menjadikan kami seperti satu keluarga yang susah senang bersama,” katanya.

Bercita-cita menjadi seorang guru Bahasa Melayu, Fatihah berkata, aktiviti qasidah yang pada mulanya dijadikan kegiatan mengisi masa lapang kini sudah mampu memberi sumber pendapatan apabila sering dijemput untuk memeriahka­n majlis Maulidur Rasul, marhaban atau majlis cukur jambul.

Kumpulan qasidah dari Madrasah Tarbiah Islamiah ini turut memenangi beberapa pertanding­an yang dianjurkan di Bangsar.

DEKATI JIWA REMAJA

Sementara itu Pengerusi Pergerakan Muslimah Madrasah Tarbiah Islamiah, Rokiah Kasim, 61, berkata, tidak sukar mendekati remaja dalam usaha membawa mereka mengenal ilmu keagamaan atau qasidah ini.

Pendekatan yang salah dilakukan setengah pihak sebenarnya menjadi punca golongan itu menjauhi aktiviti sedemikian.

Rokiah mengakui, ramai remaja sebenarnya mempunyai minat untuk mendalami qasidah, namun kekangan masa seperti menyambung pelajaran ke peringkat universiti atau bekerja menyebabka­n hasrat mereka mengembang­kan bakat dalam aktiviti itu terpaksa dilupakan.

Katanya, untuk membawa remaja mendekati agama adalah dengan cara mendekati mereka dan mengikut rentak mereka.

“Kesibukan atau minat ibu bapa tidak seharusnya menjadi penghalang. Kita perlu terima dan didik anak mengikut apa yang mereka inginkan.

“Jangan jadi penghalang kepada golongan ini. Sebagai contoh, jika mereka ingin mandi sungai bawalah mereka. Ikuti kemahuan mereka. Ibu bapa kena fahami anak remaja, bukan mereka yang perlu memahami kehendak kita.

“Dekati mereka sebagai kawan dan anak. Kita perlu masuk ke dalam dunia anak dan cuba penuhi keinginan mereka. Malah saya sendiri pernah membawa mereka mandi di sungai ketika lawatan ke Langkawi dan banyak aktiviti dilakukan bersama,” katanya.

Beliau berkata, jadikan surau sebagai tempat yang dirindui dengan mengadakan pelbagai aktiviti bagi mengisi masa lapang remaja kerana ia secara tidak langsung dapat mengelak gejala sosial.

“Saya himpunkan remaja untuk hadir ke kelas mengaji yang diadakan setiap hari. Selain itu kami menganjurk­an kuliah dan kursus khas untuk remaja.

“Pada masa sama mereka juga dibawa ke masjid untuk mengikuti aktiviti dianjurkan seperti kursus memandikan jenazah, kuliah Duha dan babitkan mereka dengan aktiviti lain. Ia sedikit sebanyak akan mengajar mereka erti tanggungja­wab dengan memegang jawatan di surau atau masjid,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? REMAJA pelbagai peringkat umur menganggot­ai kumpulan qasidah.
REMAJA pelbagai peringkat umur menganggot­ai kumpulan qasidah.
 ??  ?? MAJLIS cukur jambul kariah Pangsapuri Putra Ria.
MAJLIS cukur jambul kariah Pangsapuri Putra Ria.
 ??  ?? KOMPANG antara alat muzik yang dimainkan bersama kumpulan qasidah.
KOMPANG antara alat muzik yang dimainkan bersama kumpulan qasidah.
 ??  ?? FATIHAH
FATIHAH
 ??  ?? ROKIAH
ROKIAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia