Sedia gerak aset bantu mangsa banjir
Kota Samarahan: Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (PMTTD) bersedia menggerakkan aset dan anggotanya bagi membantu operasi banjir di negeri ini.
Panglimanya, Leftenan Jeneral Datuk Wira Zamrose Mohd Zain berkata, ia menjadi tanggungjawab pihaknya untuk menghulur bantuan kepada mereka yang ditimpa bencana.
“Kami sudah mendapat arahan sejak September lalu untuk siap siaga ketika banjir, tetapi Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) belum meminta bantuan.
“Persediaan (bantuan) itu sudah ada dan akan digerakkan jika mendapat arahan daripada Nadma,” katanya pada sidang media selepas Pertandingan Menembak Bersama Media di Kem Muara Tuang, di sini, kelmarin.
Beliau berkata, arahan juga sudah dikeluarkan kepada setiap divisyen dan briged untuk memantau kawasan tanggungjawab masing-masing sekiranya berlaku banjir.
“Ini bagi memastikan operasi membantu mangsa banjir berjalan lancar. Setakat ini, kami mempunyai kelengkapan dan anggota yang cukup bagi menjalankan operasi banjir,” katanya.
Sementara itu, jurucakap
‘
Kami sudah mendapat arahan sejak September lalu untuk siap siaga ketika banjir, tetapi Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) belum meminta bantuan”
Zamrose Mohd Zain
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Mejar Ismail Mahedin berkata, satu pusat pemindahan di negeri ini iaitu di Limbang sudah dibuka sejak jam 11 pagi semalam.
“Pusat ini dibuka bagi membantu tiga keluarga membabitkan 18 mangsa yang terjejas akibat banjir,” katanya.