Harian Metro

3 BERANAK RENTUNG

Dua beradik gagal selamatkan ibu, adik, nenek

- Oleh Siraj Mohd Zaini siraj@hmetro.com.my

Kebanyakan jiran tidak mampu berbuat apa-apa kerana kediaman itu berpagar dan berkunci”

Saksi kejadian

Hasrat dua beradik mahu menyelamat­kan ibu, adik dan nenek mereka gagal apabila ketiga-tiga mangsa ditemui rentung dalam kebakaran rumah di Jalan Binjai, Pandamaran di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, mangsa yang maut dikenali sebagai Pua Yoke Moi, 70, Soon See Eng, 54, dan Ang Kar Hian, 22.

Kejadian itu turut mengakibat­kan suami See Eng, Ang Cheng Kiat, 55, melecur hampir 50 peratus akibat terperangk­ap di belakang rumah namun berjaya diselamatk­an oleh dua anaknya iaitu, Ang Kar Chin, 27 dan Ang Kam Siew, 30.

Difahamkan, ketika kejadian Kam Siew baru pulang kerja dan masih belum tidur ketika api dipercayai mula marak serta membakar rumah kayu didiami mereka.

Saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, dia melihat Kam Siew dan Kar Chin meluru keluar melalui pintu sebelah tepi kanan rumah berkenaan.

“Api begitu marak membakar bahagian depan rumah dan saya lihat dua beradik itu berlari keluar di mana jiran cuba menghulurk­an tangga untuk mereka keluar sebab kediaman itu berpagar.

“Tapi dua beradik itu masuk ke dalam rumah dan membawa keluar bapa mereka yang dilihat melecur di bahagian badan.

“Kebanyakan jiran tidak mampu berbuat apa-apa kerana kediaman itu berpagar dan berkunci selain api sudah terlalu marak,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini.

Mayat Kar Hian yang juga lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemui di dalam bilik depan bersama ibunya, See Eng, manakala Yoke Moi di dalam bilik belakang

berhampira­n dapur.

Mayat mereka dibawa ke bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA bomba menyiasat punca kebakaran di Jalan Binjai, Pandamaran, Klang, semalam.
ANGGOTA bomba menyiasat punca kebakaran di Jalan Binjai, Pandamaran, Klang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia