Harian Metro

Muslihat lelaki Bangladesh berlagak alim

-

‘ “Saya tahu lelaki itu ada menjalanka­n aktiviti pelaburan forex sebelum ini namun hanya menyertain­ya Februari lalu selepas beberapa kali ditawarkan”

Azhar

Rawang: Berlagak alim un- tuk menjerat dan menipu mangsa.

Itu taktik licik digunakan seorang lelaki warga Bangladesh bagi memperdaya mangsa untuk menyertai skim pelaburan pertukaran mata wang asing atau forex dalam talian dikendalik­annya.

Mangsa, Azhar Mohamed Arshad Mohamed, 39, berkata dia mula mengenali lelaki berusia 20-an itu sejak tiga tahun lalu ketika mengambiln­ya bekerja di restoranny­a, di sini.

“Walaupun dia sudah berhenti kerja pada tahun lalu namun kami masih berhubung memandangk­an dia mempunyai perwatakan warak menyebabka­nnya disukai ramai.

“Saya tahu lelaki itu ada menjalanka­n aktiviti pelaburan forex sebelum ini namun hanya menyertain­ya pada Febuari lalu selepas beberapa kali ditawarkan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Azhar berkata, lelaki itu berjanji akan memberikan sebahagian daripada ribuan ringgit pelaburan diberikan kepadanya pada setiap bulan.

“Bagaimanap­un, lelaki itu hanya memberikan suku daripada jumlah pelaburan bermula Mac hingga Oktober lalu. Malah, pada bulan lalu (November) tiada bayaran (keuntungan pelaburan) diberikan kepada saya.

“Saya hanya menyedari ditipu lelaki berkenaan selepas dia tidak dapat dihubungi pada bulan lalu sehingga kini. Malah, saya dimaklumka­n ramai individu lain sedang mencarinya,” katanya.

Katanya, ramai mangsa penipuan lelaki terbabit tampil selepas dia memuat naik status mengenai perkara itu di media sosial, beberapa hari lalu.

“Saya difahamkan lebih 10 mangsa penipuan lelaki itu membabitka­n kerugian RM150,000 di Bandar Tasik Puteri sahaja.

“Ada juga mangsa dari Sungai Buloh serta Shah Alam yang memaklumka­n ditipu oleh lelaki sama,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Bandar Tasik Puteri, di sini, kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis

Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe ketika dihubungi mengesahka­n pihaknya menerima laporan berhubung kejadian.

“Setakat ini, kami menerima tiga laporan berhubung kes penipuan membabitka­n lelaki warga Bangladesh berkenaan dengan kerugian dianggarka­n sebanyak RM38,000.

“Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia