Harian Metro

PALSU SAIN SAPU RM144,480.20

Bekas pembantu eksekutif akaun Mains hadapi 60 tuduhan dijel tiga tahun

- Oleh Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my

Seorang bekas pembantu eksekutif akaun Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas 60 pertuduhan pecah amanah berjumlah RM144,480.20, lapan tahun lalu.

Hakim Diana Md Razali menjatuhka­n hukuman penjara tiga tahun yang berjalan serentak bermula semalam ke atas Kamrizah Kamarudin, 49, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapny­a.

Mengikut pertuduhan, wanita berkenaan didakwa melakukan pecah amanah dengan memalsukan tandatanga­n majikan dan membuat tuntutan palsu yang dibayar menerusi cek Bank Islam Malaysia Berhad kepada syarikat yang didaftarka­n atas namanya sendiri, Maziela Enterprise.

Semua kesalahan itu dilakukan di Suite 1-2, Wisma Arab Malaysia, Jalan Tuanku Munawir di sini, pada 5 Januari 2011 hingga 24 September 2012.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan dengan sebatan dan boleh dikenakan denda.

Kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya, Noralis Mat dan tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Noralis memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal kepada tertuduh memandangk­an wanita itu individu yang diamanahka­n dalam institusi Islam selain kesalahan yang dilakukan adalah jenayah terancang. Bagaimanap­un, Kamrizah pula dalam rayuannya memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan memandangk­an beliau adalah ibu tunggal dan baru kematian suami selain mempunyai tanggungan seorang anak perempuan.

Kamrizah mengaku salah terhadap 60 pertuduhan pecah amanah

 ??  ?? KAMRIZAH mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban, semalam.
KAMRIZAH mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia