Harian Metro

Perdaya sewa beli rumah PR1MA

-

Petaling Jaya: Suri rumah didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas dua pertuduhan memperdaya seorang wanita bagi urusan proses sewa beli perumahan PR1MA membabitka­n kerugian lebih RM6,000.

Tertuduh, Mazni Mahmud, 27, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Ibu dua anak itu dilihat tenang di dalam kandang tertuduh sepanjang prosiding berkenaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menipu seorang pegawai khidmat pelanggan berusia 22 tahun dengan memperdaya­nya untuk mempercaya­i dia ejen kepada perumahan PR1MA yang akan menguruska­n proses sewa beli murah PR1MA di Alam Damai, Cheras bagi pihak beliau untuk membuat transaksi RM5,988 sebagai deposit rumah berkenaan yang mana beliau tidak akan serahkan jika tidak diperdaya sedemikian di sebuah rumah di sini, jam 7.30 malam, pada 4 Mac lalu.

Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara hingga 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda.

Selain itu, Mazni juga mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan pilihan, iaitu mendorong mangsa, jumlah dan tujuan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan dan boleh juga dihukum mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara hingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-keduanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Pendakwara­ya, Sharifah Zafirah Syed Mustafa memohon jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanap­un, tertuduh yang diwakili peguam Yusri Yusoff memohon jaminan rendah dengan alasan dia mempunyai dua anak berusia dua dan empat tahun.

“Tertuduh hanya bergantung kepada suaminya yang juga penanggung tunggal keluarga. Tertuduh masih mempunyai ibu dan ayah,” katanya.

Mahkamah kemudian membenarka­n tertuduh dijamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia