Harian Metro

BELUM SIAP, DAH DIBELI

Penghuni Penjara Marang hasilkan songket berkualiti tinggi tiga dimensi

- Oleh Ahmad Rabiul Zulkifli am@hmetro.com.my

Penjara Marang mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menghasilk­an produk inovasi songket dengan tema tiga dimensi (3D) dan songket dua wajah.

Pengarah Penjara Marang, Penolong Kanan Komisioner Wan Sani Ab Latiff berkata, seramai 350 penghuni Penjara Marang terbabit menghasilk­an songket berkualiti tinggi itu hasil reka cipta dan inovasi penghuni sendiri.

“Setakat ini, hanya kami yang mempunyai kepakaran dan mampu mengeluark­an dua jenis songket itu, jadi tidak hairanlah sebelum ia siap ditenun, produk itu sudah dibeli peminatnya,” katanya ketika ditemui pada Karnival Halal Terengganu dan Infokraf Penjara Peringkat Zon Timur di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), semalam.

Wan Sani berkata, Penjara Marang mula melatih penghuniny­a menenun songket sejak 2004.

“Kami bermula dengan satu bengkel membabitka­n 125 penenun dan sehingga kini, kami sudah mengeluark­an ribuan songket berkualiti tinggi.

“Kualiti yang baik selain harga berpatutan menyebabka­n songket dikeluarka­n penghuni di penjara ini mendapat permintaan tinggi.

“Ia sekali gus mendorong kami membuka empat lagi bengkel dengan pembabitan 350 penenun dalam kalangan penghuni penjara yang menjalani hukuman lama iaitu antara 30 hingga 40 tahun,” katanya.

Wan Sani berkata, songket yang dihasilkan termasuk bermotif nusantara bukan sahaja dijual ke pasaran tempatan tetapi turut mendapat permintaan antarabang­sa seperti ke Itali, Perancis, Brunei dan Indonesia.

“Harga songket bermula antara RM380 hingga RM5,000 bergantung kepada jenis, corak dan material yang digunakan sama ada benang poliester, sutera atau kapas dengan harga termahal bernilai RM10,000,” katanya.

Wan Sani berkata, orang ramai yang bimbang tertipu dengan membeli songket tiruan atau songket India boleh merujuk kepada pihaknya sepanjang karnival berkenaan.

“Kami tidak hanya menjual songket asli tradisiona­l Terengganu, tetapi turut menyediaka­n khidmat nasihat dan penerangan kepada pelanggan mengenai perbezaan di antara songket asli dan tiruan,” katanya.

Penjara Marang

mula melatih penghuniny­a menenun

songket sejak 2004

 ??  ??
 ??  ?? WAN Sani (kanan) melihat produk inovasi Penjara Marang iaitu Songket 3D yang dipamerkan dan dijual di Karnival Halal Terengganu dan Infokraf Penjara Peringkat Zon Timur di TTC, semalam.
WAN Sani (kanan) melihat produk inovasi Penjara Marang iaitu Songket 3D yang dipamerkan dan dijual di Karnival Halal Terengganu dan Infokraf Penjara Peringkat Zon Timur di TTC, semalam.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia