Harian Metro

MOTOR 8 HARI

Badan pemuda putus dua motosikal ditunggang hilang kawalan sebelum terbabas terlanggar tiang lampu

- Oleh Zuhainy Zulkiffli am@metro.com.my

Ringan tulang dan gemar menyertai aktiviti bersama masyarakat di kampung.

Itu gambaran peribadi mangsa kemalangan motosikal yang badannya terputus dua, Allahyarha­m Nor Azli Sharif Hassan, 31.

Nor Azli yang mahir dalam penulisan khat juga sering membantu jemaah dalam menguruska­n jenazah apabila berlaku kematian di kampung.

Kakaknya, Rosmawati, 49, berkata, anak kelima daripada enam beradik itu memang gemar bergurau serta sering membantu keluarga terutama dari segi kewangan.

Malah, beberapa hari sebelum kemalangan, Nor Azli yang masih bujang dan bekerja di syarikat rekreasi aktiviti kenderaan lasak pelbagai bentuk muka bumi (ATV) di Balik Pulau tidak menunjukka­n perubahan sikap namun banyak menyendiri.

“Motosikal yang ditunggang­i Nor Azli itu baru sahaja dibeli lapan hari sebelum Allahyarha­m terbabit kemalangan, namun motosikal berkenaan hanya mengalami kerosakan kecil pada lampu belakang.

“Sehari sebelum kemalangan, dia juga memberitah­u sepupunya bahawa jika mahu ‘pakai’ motosikal berkenaan, boleh gunakan sahaja pada bila-bila masa,” katanya ditemui di kediaman mereka di Sungai Rusa, semalam.

Pada nahas di Jalan Bertingkat Lebuhraya Tun Dr Lim Choong Eu menghala ke

Batu

Maung pada 29 November lalu, motosikal ditunggang Nor Azli hilang kawalan sebelum terbabas.

Ia kemudian terlanggar tiang lampu di tembok pemisah menyebabka­n badannya terputus dua daripada paras pinggang ke bawah.

Menurut Rosmawati, Nor Azli juga tidak lokek berbelanja terutama bagi keperluan ibu tirinya, Shaadiah Zakaria, 66, serta dua adik-beradiknya yang berstatus orang kurang upaya (OKU) cacat tangan dan bisu.

Katanya sehari sebelum kejadian, Nor Azli memuat naik hantaran di Facebook mengenai hasratnya mahu mencari pekerjaan sambilan pada waktu malam bagi mencari wang tambahan untuk berkahwin.

“Kami tidak pernah bertemu wanita pilihan hati yang dimaksudka­n Nor Azli dan hanya bapa saudaranya sahaja pernah melihat gambar wanita itu,” katanya.

Terdahulu, keluarga Allahyarha­m menerima kunjungan Pengurus Pejabat Pertubuhan Keselamata­n Sosial (Perkeso) Georgetown, Rafidah Abdul Rahim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teluk Bahang, Zolkifly Md Lazim, bagi menyampaik­an sumbangan.

Rafidah berkata, syarikat tempat Nor Azli didapati tidak melakukan caruman selama tiga bulan terhadap mangsa dan majikannya sudah diperintah­kan berbuat demikian.

“Kejadian ini menjadi pengajaran kepada semua majikan supaya tidak mengambil mudah isu caruman pekerja kerana malang tidak berbau dan sekurang-kurangnya mereka mendapat pampasan jika berlaku kemalangan,” katanya.

Motosikal mangsa hanya mengalami kerosakan kecil pada

lampu belakang

 ??  ??
 ??  ?? KEADAAN motosikal Nor Azli (gambar kecil) yang maut dalam kemalangan jalan raya selepas terbabas dan melanggar tiang lampu.
KEADAAN motosikal Nor Azli (gambar kecil) yang maut dalam kemalangan jalan raya selepas terbabas dan melanggar tiang lampu.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia