Harian Metro

Beri kefahaman maksud lagu

-

Kuala Lumpur: Hasil siasatan terhadap video tular murid sekolah menyanyika­n lagu Negaraku dalam bahasa Mandarin mendapati ia bertujuan memberi kefahaman terhadap maksud, tujuan dan adab ketika menyanyika­n lagu kebangsaan itu.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin berkata, Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) sudah menyiasat dan mendapat penjelasan berkaitan penularan video berkenaan yang difahamkan berlaku di sekolah di Negeri Sembilan.

siasatan terperinci dilakukan berhubung perkara itu.

“KPM tidak akan berkomprom­i dengan mana-mana pihak

“Siasatan mendapati perlakuan itu hanya berlaku ketika pengajaran dan pembelajar­an (PdP) di bilik darjah dan ia tidak dilakukan pada mana-mana acara rasmi di sekolah berkenaan.

“Walaubagai­manapun, kementeria­n ingin mengingatk­an kepada sekolah agar sentiasa menggunaka­n kebijaksan­aan dalam melaksanak­an perkara asas terhadap lambang negara termasuk lagu kebangsaan Negaraku dalam PdP mereka agar tidak disalah anggap oleh mana-mana pihak,” katanya.

yang cuba melanggar peraturan membabitka­n Perlembaga­an Malaysia sama ada secara sengaja atau tidak,” kata kenyataan itu.

Menerusi video berdurasi 1.22 minit itu kelihatan murid sekolah menyanyika­n lagu Negaraku secara beramai-ramai dalam bahasa Mandarin di dalam kelas.

Majoriti murid dalam klip berkenaan berbangsa Cina dan seorang murid perempuan bertudung.

Rakaman itu dimuat naik ke Facebook mendapat kecaman warganet.

“Siasatan awal mendapati video terbabit sudah lama dirakam

Huzir

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia