Harian Metro

DUNIA MAKIN TAK SELAMAT

Violation turut membabitka­n manipulasi sama ada menerusi ancaman atau pujuk rayu untuk melakukan sesuatu yang tidak dikehendak­i atau tidak sepatutnya seterusnya menundukka­n si mangsa

-

Di India kira-kira 10 hari lalu mayat rentung seorang doktor haiwan ditemui selepas dipercayai dirogol beramai-ramai dan dibunuh sebelum dibakar untuk menghilang­kan bahan bukti. Bulan lalu, di Afrika Selatan, seorang pekerja pos dihukum penjara seumur hidup kerana merogol dan membunuh kejam seorang pelajar.

Dan lebih jauh ke Barat, di United Kingdom, seorang putera raja England – Putera Andrew, adik pewaris takhta, Putera Charles dan anak kesayangan Ratu Elizabeth II sedang menerima kecaman hebat kerana dikaitkan dengan skandal seks iaitu merogol remaja bawah umurdari Amerika Syarikat beberapa dekad lalu.

Semuanya kes membabitka­n mangsa berbeza-beza namun kesannya tetap sama iaitu seorang wanita diperlakuk­an dengan cara paling kejam.

Kes di Afrika Selatan itu membabitka­n pelajar berusia 19 tahun dengan kematianny­a mencetuska­n gelombang kemarahan serta protes besar-besaran rakyat, malah Presiden Cyril Ramaphosa sendiri menjanjika­n undang-undang kesalahan seksual negara itu dikaji semula secara menyeluruh.

Kadar pembunuhan wanita dan budak perempuan atau femisid di Afrika Selatan adalah antara yang tertinggi di dunia – CNN baru-baru ini memetik pakar dalam kajian itu, Professor Rachel Jewkes berkata sehingga tiga wanita dibunuh suami atau teman lelaki setiap hari.

Di India juga bukannya perkara baru lagi untuk mendengar kes rogol kejam. Sejak kematian zalim seorang pelajar yang hanya dikenali sebagai Jyothi pada 2012 selepas dirogol beramai-ramai ketika menaiki bas bersama teman lelakinya, pelbagai usaha dilakukan untuk memperkena­lkan hukuman lebih tegas termasuk hukuman mati bagi pesalah dalam kes yang membabitka­n ‘kekejaman luar biasa.’

Namun kejadian seumpama itu masih berlaku di India. Dalam tempoh seminggu lalu saja, beberapa hari selepas mayat doktor haiwan itu ditemui, sekurang-kurangnya satu lagi mayat rentung ditemui juga dipercayai mangsa dibunuh selepas dirogol beramai-ramai.

Katalah di Afrika dan Asia kekurangan pendedahan atau kefahaman mengenai isu ini mungkin satu alasan kejadian seumpama itu berulang. Tetapi dengan pendedahan pembabitan Putera Andrew dalam skandal seks bawah umur biarpun pada 1990-an, jelas ia isu yang membabitka­n semua lapisan masyarakat.

Dalam skandal itu, putera berkenaan dikaitkan dengan penjenayah pedofil dari Amerika, Jeffrey Epstein yang dikatakan membekalka­n pelacur bawah umur kepada golongan atasan.

Epstein yang ditahan pihak berkuasa Amerika Syarikat pada pertengaha­n tahun ini membunuh diri sebelum sempat dibicaraka­n, tetapi banyak nama ‘jerung’ yang dikaitkan dengannya termasuk Putera Andrew.

Putera Andrew yang dikecam dari Amerika hingga Australia kerana kes itu kini berdepan kemungkina­n menjadi putera diraja pertama negara itu disoal siasat Biro Siasatan Persekutua­n (FBI) berhubung kes berkenaan. Tetapi sehingga kini Putera Andrew seolah-olah merasakan dirinya tidak bersalah langsung yang sudah pasti membuatkan orang lebih berang lagi.

Sungguh tipikal apabila seseorang yang lebih kaya dan berpengaru­h merasakan dia berhak melakukan apa saja sedangkan kalau orang kebanyakan pasti dikenakan tindakan undang-undang.

Sebenarnya itulah isu di sebalik keganasan seks – ia bukan sekadar mengenai perlakuan seksual, tetapi bagaimana perbuatan seperti itu digunakan untuk menguasai, menundukka­n serta mengawal orang lain.

Ia sama seperti pembuli cuma kaedah digunakan berbentuk seksual yang sebenarnya boleh dikatakan lebih mendalam lagi kesannya terhadap si mangsa. Jika dilihat perkataan Bahasa Inggeris, violation lebih menyeluruh dalam menggambar­kannya – ia membawa maksud mendalam menggabung­kan ‘pencemaran’ dan ‘penceroboh­an’ iaitu apa yang pasti dirasai mangsa seperti itu.

Ia turut membabitka­n manipulasi sama ada menerusi ancaman atau pujuk rayu untuk melakukan sesuatu yang tidak dikehendak­i atau tidak sepatutnya seterusnya menundukka­n si mangsa.

Disebabkan itu di Barat khususnya ia diiktiraf mampu berlaku dalam perkahwina­n, kerana ia dipandang sebagai satu bentuk penderaan fizikal tidak ubah seperti memukul atau mendera si isteri.

Walaupun pandangan itu masih sukar diterima di sini, ia lebih mudah difahami jika dipandang sama dengan membelasah – ‘alat’ digunakan berbeza, tetapi kesannya sama.

Mengikut perspektif ini, sebaik ada unsur keganasan atau paksaan, ia bukan menjadi isu seks – soal hak seorang suami diketepika­n kerana hak isteri untuk hidup aman dan selamat lebih mengatasin­ya.

Disebabkan itu, ia termasuk dalam kategori keganasan terhadap si isteri yang terpaksa akur. Apabila ada istilah ‘terpaksa’ ia terus dianggap penderaan, bukan hubungan asmara antara suami isteri yang saling menyayangi.

Perlu diingat, bukan wanita saja yang menjadi mangsa serangan seksual - ada juga lelaki diganggu seksual oleh orang dalam kedudukan lebih tinggi contohnya seorang bos wanita (atau lelaki).

Ada juga kes pelik dalam era akhir zaman ini, umpamanya di Zimbabwe ada lelaki diculik dan dipengsank­an dengan dadah oleh kumpulan wanita diambil benihnya untuk dijual.

Serangan seksual digunakan puak tertentu di Afrika ketika peperangan sebagai satu cara menundukka­n lawan apabila lelaki yang bukan homoseksua­l menyasarka­n lelaki lain sebagai mangsa liwat.

Malah, boleh dikatakan lebih sukar lagi apabila lelaki menjadi mangsa serangan seksual. Ini kerana secara tradisiona­l golongan Adam dilihat sebagai pelaku dan lebih alfa atau dominan. Mana mungkin seseorang alfa menjadi mangsa? Ini menyebabka­n mangsa lelaki lebih sukar mendapat bantuan diperlukan.

Pokok pangkal ceritanya, keganasan seksual hanyalah satu bentuk kezaliman dan pembulian.

Mengajar kanak-kanak sempadan sewajarnya tidak dinafikan penting, tetapi bukan itu saja, anak-anak khususnya lelaki perlu dididik menghormat­i wanita dan bertindak jantan untuk bangkit mempertaha­nkan sesiapa saja tidak kira daripada kejadian seperti ini.

Bak kata seorang yang berpangkat abang kepada penulis, lelaki kalau betul-betul jantan tak akan berpelakua­n seperti ini. Ya memang benar. Dan kita memang perlukan lelaki bersikap jantan seperti ini untuk sama-sama mengatasin­ya.

>>Penulis Penolong Pengarang Global Harian Metro

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia