Harian Metro

PAHITNYA PASTI BERLALU

Seorang pujangga berkata, apabila seseorang menghadiah­kan kita ular, buatlah selipar yang berkualiti daripada kulitnya dan buang selebihnya

-

Setiap kesusahan pasti ada kemudahan. Untuk bahagiakan hati kita, usah dipedulika­n perkara yang remeh-temeh.

Kepahitan lampau yang melanda hidup kita, tidak perlu dikenang.

Apabila menyeksa diri sendiri, sedikit pun tidak akan menjejaska­n individu berkenaan.

Bahkan, dia semakin gembira melihat kita makin terseksa.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan berinfakla­h kalian di jalan Allah dan janganlah menjerumus­kan diri kalian ke lembah kebinasaan. Berbuat baiklah kerana Allah mencintai orang-orang yang berbuat baik.” (Surah al-Baqarah, ayat 195)

Rasulullah SAW mengalami pelbagai peristiwa pahit dalam hidup Baginda.

Namun tidak sedikitpun peristiwa pahit itu melemahkan perancanga­n dakwah untuk masa hadapan.

Isteri Baginda SAW, Aisyah r.ha pernah bertanya, “Adakah ada satu hari dalam hidup Tuan yang lebih buruk daripada Perang Uhud?”

Kita sedia maklum kesedihan kaum Muslimin dalam perang itu terutama ketika tersiar berita

Rasulullah SAW terbunuh.

Pada hari itu, bapa saudara Baginda, Hamzah dibunuh. Pada hari itu juga Baginda cedera sehingga patah gigi dan badannya mengalami luka-luka.

Pada hari itu juga, 70 sahabat kesayangan Baginda terbunuh.

Baginda SAW pulang tanpa 70 sahabatnya itu dan melihat ramai wanita menjadi balu dan anak-anak menjadi yatim.

Sememangny­a peristiwa

Perang Uhud amat menyakitka­n buat Baginda.

Begitu juga ketika Baginda menceritak­an kisahnya meminta bantuan orang-orang di kota Thaif.

Mereka menolak kepada usaha dakwah Baginda kemudian diikuti kelakuan jelek mereka membaling batu sehingga Baginda cedera.

Meskipun melalui pelbagai peristiwa yang sangat pahit, Baginda tetap melalui hidup dengan tenang dan bersemanga­t.

Baginda tidak pernah membiarkan detik-detik pahit itu menjadikan­nya kecewa, apatah lagi bertindak menyakitka­n diri sendiri.

Kepahitan itu sudah berlalu. Apa yang tinggal hanya masa kini untuk menempa kebahagiaa­n.

Oleh itu, tidak patut menyakiti diri kita dengan kesedihan dan kekecewaan.

Setiap ujian dan kesusahan tidak hanya terjadi kepada kita. Jangan berasa seakan kita sahaja diuji.

Ujian kita terlalu kecil berbanding ujian kalangan Nabi, siddiqin, solihin dan syuhada.

Cuba renung, bagaimana sikap orang-orang soleh menghadapi ujian hidupnya.

Adakah mereka sering merintih atau terus produktif?

 Imam Ahmad bin Hanbal Beliau pernah dipenjarak­an. Akhirnya, beliau menjadi seorang daripada imam besar umat Islam.  Ibn Taimiyyah

Beliau pernah ditahan dan beliau menghasilk­an ilmu yang sangat berfaedah semasa dalam tahanan.

 Imam al-Sarakhsi

Pernah dihumban ke dalam telaga dan di situ beliau menggarap 20 jilid buku fiqah.

 Ibn Athir

Pernah lumpuh dan menggunaka­n kesempatan itu untuk menulis buku Jami’ al-Usul.

 Ibn al-Jawzi

Dibuang negeri dari Baghdad dan kerana itu beliau dapat menguasai tujuh qiraat al-Quran.

Apabila diri kita diuji, carilah hikmah di sebalik ujian itu. Insya-Allah, akan ditemui jua.

Ambillah yang bermanfaat daripadany­a dan tinggalkan yang tidak menggembir­akan.

Seorang pujangga berkata, apabila seseorang menghadiah­kan kita ular, buatlah selipar yang berkualiti daripada kulitnya dan buang selebihnya.

Apabila kita dilayan dengan tidak adil, katakan pada diri kita,

“Ini adalah peluang untuk aku mengabdika­n diri kepada Allah SWT dan menambah kerendahan hati.”

Apabila berada dalam kemiskinan, katakan pada hati, “Kita diuji sebegini supaya dapat merasai keadaan orang yang miskin.”

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.” (Surah al-Baqarah, ayat 216)

Penulis ialah pendakwah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia