Harian Metro

PEGAWAI JAS ADA KEPAKARAN

- Oleh Mohd Sabran Md Sani sab@hmetro.com.my

Mahkamah Sesyen di sini, diberitahu setiap pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) mempunyai tahap kepakaran tinggi dalam bidang masing-masing.

Ketua Penolong Pengarah Kanan di Seksyen Penilaian dan Pembanguna­n, Bahagian Bahan Berbahaya Jabatan Alam Sekitar (JAS) Putrajaya, Azlan Ahmad, 50, berkata, setiap pegawai JAS perlu menjalani latihan termasuk menghadiri kursus intensif Certified Environmen­tal Profession­al in Scheduled Waste Inspection (CePSWI).

Beliau yang juga saksi dalam perbicaraa­n kes pembuangan sisa toksik dalam Sungai Kim Kim, Pasir Gudang memberitah­u bahawa polisi jabatan (JAS) menetapkan pegawai JAS perlu dilatih secara intensif sama ada melalui kursus di dalam atau luar negara sebelum menjadi pakar dalam bidang itu.

Beliau berkata demikian ketika pemeriksaa­n semula oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Muhammad Syafiq Mohd Ghazali pada prosiding hari ketiga perbicaraa­n kes itu di sini, semalam.

Azlan memberitah­u melalui kursus dihadiri itu, pegawai JAS akan didedahkan dengan pelbagai kaedah termasuk untuk mengkelask­an bahan buangan berjadual dan bukan hanya tertumpu kepada usaha melakukan pemeriksaa­n atau penguatkua­saan ke atas sesebuah premis atau kilang, semata-mata. MUHAMMAD SYAFIQ: Tadi, peguam bertanyaka­n bahawa adakah kamu mempunyai kuasa untuk membuat pengelasan bahan buangan berjadual. Jawapan kamu ialah kamu ada kuasa tersebut, tetapi mengikut Seksyen 37(A) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) ia menyatakan bahawa kamu hanya ada kuasa menyiasat. Boleh kamu jelaskan lebih lanjut perkara ini kepada mahkamah?

AZLAN: Pegawai Jabatan memang mempunyai kuasa menyiasat, ketika pegawai memasuki mana-mana premis atau untuk membantu siasatan, mereka perlu mengetahui secara khusus bahawa sesuatu buangan itu adalah tertakluk atau tidak pada peraturan sekeliling (Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127).

Jadi, pegawai secara khusus apabila ditempatka­n (ditugaskan), hendaklah menjalanka­n tugas penyiasata­n termasuk membuat pengelasan (bahan buangan). Atas dasar sedemikian, saya menjadi saksi kepada kes ini.

MUHAMAD SYAFIQ: Berdasarka­n surat JAS Johor bertarikh 17 Mac lalu yang dipanjangk­an kepada kamu, peguam ada mencadangk­an bahawa JAS Johor (sehingga 17 Mac) sebenarnya tidak tahu apa bahan buangan itu dan dalam jawapan, kamu nyatakan tidak bersetuju. Kenapa?

AZLAN: Seperti saya maklumkan tadi, secara asasnya, pegawai terbabit sudahpun mendapat maklumat awal berkaitan dengan bahan buangan itu. (Tetapi) Semuanya perlu dirujuk kepada bahagian saya (Bahagian Bahan Berbahaya JAS Putrajaya) untuk mendapatka­n kepastian bahawa bahan buangan tersebut SW331 ‘enap cemar minyak’.

Pemandu lori syarikat pemprosesa­n tayar terpakai, N. Maridass, 35, didakwa melupuskan buangan terjadual iaitu buangan minyak atau enap cemar berminyak ke Sungai Kim Kim, Pasir Gudang dengan menggunaka­n lori dan treler tangki sawit tanpa kelulusan Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling. Tiga pengarah syarikat pemprosesa­n tayar terpakai itu pula iaitu

Wang Jing Chao, 34, Yap Loke Liang, 36, dan Sim Wei Der, 50, didakwa bersubahat dengan Maridass untuk melupuskan barangan terjadual itu ke dalam Sungai Kim Kim menggunaka­n kenderaan itu.

Keempat-empat mereka didakwa melakukan perbuatan itu antara jam 12.01 tengah malam hingga jam 1 pagi, 7 Mac lalu di kawasan tapak projek pelebaran jambatan Sungai Kim Kim.

Maridass didakwa mengikut Seksyen 34B (1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 34 B(4) akta sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum lima tahun selain denda RM500,000 jika sabit kesalahan.

Wang, Yap dan Sim pula didakwa mengikut Seksyen 34B (1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, dibaca bersama Seksyen 42 akta sama yang boleh dihukum mengikut Seksyen 34B(3) akta sama iaitu dipenjara tidak lebih lima tahun dan denda tidak melebihi RM500,000.

Selain Muhammad Syafiq, pendakwaan turut dikendalik­an TPR JAS Putrajaya, Farra Nor Azura Jumuddin dan Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Amir Nasruddin.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob bersambung 10 Mac tahun hadapan.

Setiap pegawai JAS perlu jalani latihan,

hadiri kursus intensif CePSWI

 ??  ?? EMPAT didakwa bersubahat melupuskan barangan berjadual ke dalam Sungai Kim-Kim.
EMPAT didakwa bersubahat melupuskan barangan berjadual ke dalam Sungai Kim-Kim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia