Harian Metro

SEHARI 3 HILANG

Pemuda kantoi kebas topi keledar di pusat beli-belah

- Oleh Mohd Sabran Md Sani sab@hmetro.com.my

“Cukup sifat tapi kerja mencuri,” itu reaksi netizen menerusi Facebook (FB) Community Roda Johor (CRJ) berhubung tular dua video berdurasi pendek membabitka­n kegiatan curi topi keledar di sebuah pusat beli belah di bandaraya ini.

Perbuatan pemuda berusia 20-an itu menarik perhatian warganet selepas gelagatnya mencuri barangan terbabit dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kawasan parkir motosikal.

Bahkan perkongsia­n FB

CRJ turut meminta warganet berkongsi video berkenaan bagi mengelak kejadian curi helmet berulang.

“Sebarkan !!!!! cari penyamun ni sampai dapat..rembat (curi) helmet (topi keledar) motosikal guna beg besar.

“Dalam sehari, 2 hingga 3 biji topi keledar hilang,” kongsi FB CRJ menerusi video dikongsi FB Faez Tahir.

Terdahulu pemerhatia­n terhadap video pertama berdurasi 23 saat mendapati seorang pemuda menyeluk poketnya seolah-olah sedang mencari sesuatu.

Dia kemudian dilihat memerhatik­an kawasan sekitar parkir dengan teliti sebelum mendekati sebuah motosikal.

Video kedua yang berdurasi satu minit dan empat saat pula memperliha­tkan tindakan lebih berani apabila pemuda itu dilihat membawa sebuah beg besar.

Modus operandi berdasarka­n CCTV berkenaan mendapati pemuda itu menggunaka­n jaket yang dibawa bersama untuk menutup topi keledar pada motosikal sasaran.

Dia kemudian membuka dengan berhati-hati sambil memerhatik­an keadaan sekeliling sebelum beredar bersama sebuah beg besar ke arah pintu pusat beli belah itu.

Tidak lama kemudian, pemuda terbabit keluar sekali lagi membawa beg besar, namun rakaman video itu berakhir.

 ??  ?? BEG besar (dalam bulatan) dibawa suspek untuk menyimpan helmet yang dicuri.
BEG besar (dalam bulatan) dibawa suspek untuk menyimpan helmet yang dicuri.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia