Harian Metro

‘Duduk dan bincang dulu’

-

Kuala Lumpur: Kerajaan perlu duduk berbincang selain mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkepenti­ngan sebelum membuat sebarang cadangan pindaan Akta Racun 1952 dibawa ke Parlimen.

Presiden Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (Perdim), Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail berkata, beberapa seksyen dalam Rang Undang-Undang Racun (Pindaan) 2019 itu tidak adil kepada doktor perubatan am.

Menurutnya, antaranya adalah Seksyen 19 di mana doktor wajib mengeluark­an slip preskripsi atas permintaan pesakit dan sekiranya gagal berbuat demikian akan dikenakan denda yang berat termasuk berhadapan dengan hukuman penjara.

“Seksyen itu boleh membawa kepada penyalahgu­naan ubat terlarang yang sepatutnya dikawal selia hanya oleh pegawai perubatan dan bukan atas permintaan orang awam seperti pesakit.

“Malah, seandainya ia dikuatkuas­akan, pesakit perlu bayar dua bil iaitu caj konsultasi doktor dan satu lagi kepada pihak farmasi.

“Perkara ini sudah tentu akan menaikkan kos keseluruha­n termasuk pengangkut­an yang perlu ditanggung oleh pesakit.

“Malah, kemungkina­n akan ada caj untuk konsultasi kepada ahli farmasi sekiranya ia dilaksanak­an.

“Kerajaan juga perlu mengambil kira kes yang berlaku di Amerika Syarikat dan United Kingdom di mana ramai daripada rakyat mereka meninggal dunia akibat terlebih memakan ubat,” katanya di sini, semalam.

Turut hadir, Naib Presiden Perdim, Dr Wan Julia Sham Ariffin dan Setiausaha Perdim, Dr Boi Saidi Abdul Razak.

Dalam pada itu, Dr Ahmad Shukri berkata, pihaknya juga akan berjumpa dengan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bersama Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membincang­kan perkara itu dengan lebih lanjut.

Sementara itu, Boi Saidi berkata, RUU terbabit perlu dibincang bersama badan bukan kerajaan dan pihak berkepenti­ngan kesihatan supaya mereka dapat memberikan input tertentu kepada KKM.

“Sebelum ini (dulu dikenali dengan nama RUU Farmasi), ia hanya dibincang satu kali pada 2015. Ia kemudian ditukar nama dan terus dibawa ke Kabinet tanpa perbincang­an bersama pihak berkepenti­ngan,” katanya.

Rang Undang-Undang itu sebelum ini dibentang untuk bacaan kali pertama oleh Dzulkefly pada persidanga­n Dewan Rakyat, 25 November lalu.

 ??  ?? DR Ahmad Shukri
DR Ahmad Shukri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia