Harian Metro

Pembalakan lesen sah

-

Tumpat: Kira-kira 200 jemaah dari tiga kampung di sini, terpaksa berperahu untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Mukim Kampung Kubang Sawa di sini, semalam.

Masjid itu yang berada di tengah sawah padi diibaratka­n pulau yang dikeliling­i lautan akibat limpahan air dari Sungai Golok setinggi 1.5 meter.

Imam Tua masjid, Mohd Saidi Yunus, 57, berkata, situasi itu sentiasa dihadapi penduduk dari Kampung Kubang Sawa, Naga Ibu dan Kuala Jambu setiap tahun.

Bagaimanap­un, katanya, ia sedikit pun tidak mengurangk­an jumlah jemaah.

“Kami sudah biasa dengan situasi begini dan tidak menjadi masalah terpaksa mengharung banjir kerana majoriti penduduk memiliki bot sendiri.

“Cuma bagi mengelakka­n pekarangan masjid sesak, ramai jemaah berkongsi bot,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Penduduk Kampung Kubang Sawa, Zaki Abu Bakar, 40, berkata, walaupun rumahnya hanya 100 meter dari masjid itu, dia terpaksa berperahu kerana paras air lebih satu meter di luar rumah.

“Isteri dan tiga anak berpindah ke masjid sejak Isnin lalu.

“Kebanyakan penduduk di sini mempunyai bot sendiri bagi memudahkan pergerakan di musim tengkujuh kerana setiap tahun kami terjejas banjir,” katanya.

Selain Masjid Mukim Kampung Kubang Sawa, sebuah lagi masjid yang terjejas dan sering dilanda banjir di Pengkalan Kubor adalah Masjid Kampung Simpangan.

Tumpat: “Kalau ingin mengaitkan kejadian itu (banjir di Chuchoh Puteri, Kuala Krai) dengan aktiviti pembalakan, itu tidak betul kerana ia dijalankan secara berperingk­at dan mengikut kaedah ditetapkan,” tegas Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Katanya, kegiatan pembalakan dijalankan di luar kawasan Sungai Rek secara sah dan berlesen.

“Bila kita minta penjelasan daripada Pejabat Perhutanan, memang benar berlaku (pembalakan), tapi di luar kawasan Sungai Rek dan dilakukan secara lesen,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Berkhatan Perdana Dewan Undangan Negeri (Dun) Pasir Pekan di sini, semalam.

Seramai 120 kanak-kanak dari Dun itu mendaftark­an diri untuk program berkhatan yang dijadikan acara tahunan itu.

Ahmad berkata, pihaknya sudah mengarahka­n Pejabat Tanah dan Galian serta Pejabat Perhutanan Negeri membuat semakan terperinci berhubung aktiviti penerokaan haram di kawasan berkenaan.

Katanya, tindakan segera akan diambil sekiranya benar aktiviti penerokaan haram berlaku.

“Saya arahkan pihak berwajib menyiasat dan jika ada (penerokaan haram), itu tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

 ??  ?? PENDUDUK sekitar Kampung Kubang Sawa menaiki bot bagi menunaikan solat Jumaat di Masjid Kubang Sawa.
PENDUDUK sekitar Kampung Kubang Sawa menaiki bot bagi menunaikan solat Jumaat di Masjid Kubang Sawa.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia