Harian Metro

Pilih pintu hadapan ubah kerajaan

-

Kuala Lumpur: Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa parti itu menerusi Muafakat Nasional tidak mengimpika­n perubahan kerajaan menerusi pintu belakang meskipun ia terbuka luas.

Kata beliau, walaupun ketika ini pintu depan dan pintu belakang terbuka tetapi mereka tetap memilih pintu hadapan dan akan bina kerajaan sendiri mengikut lunas-lunas demokrasi seperti termaktub dalam Perlembaga­an Persekutua­n.

“Kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai baru-baru ini juga membuktika­n Muafakat Nasional sebagai naungan dan naratif politik baharu semasemua kin diterima oleh rakyat.

“Namun, gagasan itu tidak akan mampu direalisas­ikan tanpa sokongan rakyat dan ia adalah cerminan politik berimbang yang melindungi kaum.

“Apapun, kita tidak impi perubahan kerajaan melalui pintu belakang meskipun ia terbuka luas,” katanya dalam Ucapan Dasar Presiden di Perhimpuna­n Agung Umno 2019 (PAU 2019) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Menurut Ahmad Zahid lagi, untuk kekal relevan, Umno juga perlu mempercepa­tkan pembaharua­n nilai, ideologi dan pemikiran politik demi melangkah ke hadapan.

Ini kerana arus modenisasi mengubah masyarakat tradisiona­l Melayu kepada masyarakat yang bersifat lebih terbuka dan berlainan paradigman­ya.

Katanya, jika dahulu pendokong kuat parti itu terdiri daripada kalangan orang Melayu luar bandar tetapi hari ini penduduk luar bandar hanyalah 24 peratus jumlahnya berikutan proses urbanisasi.

“Jadi, jika mahu kekal relevan, Umno perlu menterjema­hkan segala dasar mahu pun tindakan mengikut hasrat dan keperluan rakyat kerana sebagai pembangkan­g, transforma­si politik perlu seiring dengan kehendak politik abad ke-21.

“Modenisasi politik bukan lagi pilihan tetapi satu kemestian, justeru dua budaya baharu iaitu politik ketahanan dan politik berimbang perlu diterap serta disemai dalam diri setiap ahli,” katanya.

 ??  ?? AHMAD Zahid menyampaik­an ucapan, semalam.
AHMAD Zahid menyampaik­an ucapan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia