Harian Metro

Fatin Nurul Ain akan dipanggil polis

-

Kuala Lumpur: Polis akan memanggil bekas isteri Dai Farhan, Fatin Nurul Ain Mat Aris, 30, untuk siasatan lanjut berhubung laporan dibuat mengenai dakwaan dipukul pendakwah terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, pihaknya mengarahka­n wanita berkenaan untuk melakukan pemeriksaa­n perubatan di hospital berhubung kecederaan dialami selepas mendakwa dipukul bekas suaminya.

“Bagaimanap­un, wanita itu enggan melakukan pemeriksaa­n perubatan kerana menurutnya laporan polis dibuat bertujuan sebagai rujukan mahkamah syariah.

“Justeru, kami akan memanggil wanita itu untuk tindakan lanjut termasuk meneliti keperluan untuk memanggil beberapa individu termasuk bekas suaminya,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Fadzil berkata, setakat ini, pihaknya belum membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu.

“Kami perlu meneliti kejadian berkenaan dan mendapatka­n maklumat lanjut daripada mangsa sendiri sebelum mengambil tindakan,” katanya.

Kelmarin, portal berita Harian Metro melaporkan Fatin mendakwa ditolak, dicakar dan ditampar oleh bekas suaminya dalam kejadian di Taman Bukit Indah, Ampang, kira-kira jam 3 pagi, 22 November lalu.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Farhan menafikan tuduhan dia memukul dan mengurung bekas isterinya seperti didakwa oleh seorang wanita bernama Asiah.

Pada 26 November lalu, isu rumah tangga mereka mendapat perhatian apabila rakan baik Fatin berkongsi surat terbuka mendedahka­n Farhan berkahwin baru dengan janda anak lapan tanpa pengetahua­n isteri pertama.

Namun, Farhan tampil membuat kenyataan bahawa dakwaan itu mungkin kerana dendam dan tidak dapat menerima hakikat isterinya reda hidup bermadu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia